Page 236 - rise 2017
P. 236

Reka Bentuk Kajian
             Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis adalah skrip jawapan
             calon yang menduduki peperiksaan akhir Asas Bahasa Arab 1, semester 2 sesi 2016/2017.

             Metodologi Kajian
             Kajian  yang  dilakukan  bertujuan  melihat  item  soalan  peperiksaan  yang  bersesuaian  untuk  diberikan
             kepada pelajar. Kajian ini hanya mengambil keputusan peperiksaan akhir Asas Bahasa Arab 1, semester 2
             sesi 2016/2017 dengan mengambil 115 skrip jawapan pelajar sebagai bahan kajian.
                  Kajian ini menggunakan Indeks Kesukaran (IK) untuk melihat item soalan yang telah digunakan
             berada pada tahap terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. IK tersebut akan ditafsirkan sama ada item
             yang digunakan sesuai atau pun tidak.
                  Kadar kesukaran dinilai melalui pencapaian calon yang memilih jawapan dengan betul dan tepat.
             Jika kurang calon menjawab soalan dengan betul, menunjukkan item soalan tersebut susah. Pengiraan IK
             adalah seperti berikut iaitu:
                                           jumlah calon jawab betul (B)
                     INDEKS KESUKARAN                                   =  0.00
                                           jumlah keseluruhan calon (C)

                  Pentafsiran item pula adalah melalui jadual 1 di bawah:

             Jadual 1: Pentafsiran Item Berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995)

             INDEKS KESUKARAN  PENTAFSIRAN ITEM     KEPUTUSAN

             < 0.3              Terlalu Sukar       Ubahsuai Item

             0.3 - < 0.8        Sederhana           Item Sesuai Diterima


             0.8 >              Terlalu Mudah       Ubah Suai Item

             Kursus Asas Bahasa Arab I, USAS
             Kursus  Asas  Bahasa  Arab  I  (PBA6012)  merupakan  kursus  Wajib  Fakulti  bagi  pelajar-pelajar  Ijazah
             Sarjana Muda Kaunseling (Hons) yang dikendalikan di bawah Jabatan Bahasa Arab, Pusat Bahasa dan
             Pengajian Asasi, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Kursus ini merupakan Tahap I bahasa Arab dan
             ia mempunyai Tahap II iaitu kursus Asas bahasa Arab II (PBA6022).
                  Skop  pengajaran  mengikut  silibus  kursus  mendedahkan  kepada  pelajar  asas-asas  bahasa Arab
             komunikasi serta melatih pelajar membaca, mendengar, menulis dan bertutur dengan bahasa Arab. Topik
             kursus yang dipelajari dalam silibus kursus PBA6012 adalah seperti Jadual 2 berikut:

             Jadual 2: Topik Kursus Asas Bahasa Arab I (PBA6012)
             Bil   Topik Kursus
                  Pendahuluan Mengenai Bahasa Arab
                       Mengenal perkataan-perkataan bahasa Arab yang terdiri daripada Isim, Fi’il dan Harf
             1
                       Latihan
                       Perkataan-perkataan baru
                  Alif Lam Qamariyyah dan Alif Lam Syamsiyyah
             2         Penggunaan Harf Al-Qamariyyah
                       Penggunaan Harf Al-Syamsiyyah
                  Mudhakkar dan Muannath
             3
                       Tanda-tanda Mudhakkar dan Muannath
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241