Page 232 - rise 2017
P. 232

Jadual 3:  Kolerasi Antara Gaya Pengajaran Pensyarah Yang Paling Kerap Digunakan (Gaya Pakar)
             Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus LMCW1022.
             Gaya Pengajaran Pensyarah                          Pencapaian Pelajar
             Paling Kerap Digunakan                    n         r              p
                    (Gaya Pakar)               330      0.188*              *0.000
             **Signifikan pada aras 0.05

                  Dapatan ini menunjukkan terdapatnya hubungan positif antara gaya pengajaran pensyarah yang
             paling kerap digunakan dengan pencapaian pelajar dalam Kursus LMCW1022. Menurut Grasha (1994),
             gaya pakar merupakan gaya pengajaran yang paling efektif untuk menerangkan sesuatu yang baru kepada
             pelajar. Maka dengan gaya pakar, pensyarah dapat menerangkan pengajarannya dengan lebih berkesan
             serta  menarik  minat  pelajar  untuk  meminati  pengajaran  yang  diajar.  Melalui  gaya  pakar  ini  juga
             pensyarah  dapat  menyuntikkan  semangat  pelajar  untuk  memberi  sepenuh  perhatian  terhadap
             pengajarannya seterusya mencapai pencapaian yang cemerlang dalam Kursus Asas Keusahawanan.
                  Grasha (1996) mendapati gaya pakar cenderung digunakan oleh pensyarah yang mengajar saiz
             kelas  yang  besar,  kursus  berbentuk  pengkhususan  serta  topik  yang  baru  untuk  diperkenalkan  kepada
             pelajar. Maka, ini selaras dengan Kursus LMCW1022 yang diperkenalkan kepada semua pelajar di UKM
             tidak  kira  bidang  pengkhususan  masing-masing.  Ini  bermakna,  gaya  pengajaran  pakar  oleh  pensyarah
             akan  memberi  satu  fenomena  baru  bagi  setiap  pelajar  dan  seterusnya  akan  memberi  impak  kepada
             pencapaian mereka dalam kursus tersebut.
                  Finson dan Thomas (2006) mendapati tiada hubungan yang signifikan antara gaya  pengajaran
             terhadap persepsi pelajar. Manakala kajian yang dilakukan oleh Abdull Sukor et al. (2011) mendapati
             terdapat  hubungan  yang  signifikan  di  antara  gaya  pengajaran  dengan  penglibatan  pelajar  dalam
             akademik.  Sehubungan  dengan  itu,  dalam  kajian  ini  jelas  didapati  bahawa  terdapat  hubungan  yang
             signifikan  di  antara  gaya  pengajaran  paling  dominan  atau  kerap  digunakan  oleh  pensyarah  dengan
             pencapaian pelajar dalam Kursus Asas Keusahawanan di UKM.

             Rumusan
             Hasil  kajian  ini  dapatlah  dirumuskan  bahawa  kelima-lima  gaya  pengajaran  Grasha  (1996)  iaitu  gaya
             pakar, gaya autoriti formal, gaya model personel, gaya fasilitator dan gaya delegator merupakan gaya
             yang digunakan oleh pensyarah dalam Kursus LMCW1022. Namun, gaya pengajaran yang paling kerap
             digunakan oleh pensyarah adalah gaya pakar. Selain itu, jelaslah bahawa gaya pengajaran yang paling
             kerap  digunakan  oleh  pensyarah  mempunyai  hubungan  dengan  pencapaian  pelajar  dalam  Kursus
             LMCW1022.  Maka,  dengan  ini  juga  amatlah  jelas  bahawa  gaya  pengajaran  pakar  merupakan  gaya
             pengajaran yang paling kerap digunakan oleh pensyarah kerana aspek-aspek yang digunakan amat wajar
             dan sesuai digunakan dalam kursus. Selain itu, gaya pengajaran ini amat relevan bagi menyampaikan isi
             kandungan  kursus  ini  serta  dapat  mempengaruhi  pencapaian  pelajar  dalam  kursus  ini.  Oleh  yang
             demikian,  bagi  memastikan  keberkesanan  pengajaran,  pensyarah  perlu  peka  terhadap  gaya  pengajaran
             yang  sesuai  dengan  pelajar  agar  pengajaran  dapat  dilaksanakan  dengan  berkesan  serta  meningkatkan
             pencapaian pelajar dalam kursus ini.

             Rujukan
             Abdull  Shukor  Shaari,  Nurahimah  Mohd  Yusoff,  Mohd  Izam  Ghazali,  Rafisah  Hj.Osman.  (2011).
                   Hubungan  Antara  Gaya  Pengajaran  Pensyarah  Dengan  Penglibatan  Akademik  Pelajar
                   Universiti. Universiti Utara Malaysia.
             Abdul Muqsith Ahmah. (2013). Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar
                   Lepasan  Diploma  Politeknik  dan  Matrikulasi  Terhadap  Subjek  Kejuruteraan.  Universiti  Tun
                   Hussein Onn Malaysia.
             Clarise Canisius, Aziz Nordin. (2009). Gaya Pengajaran Grasha Dalam Kalangan Guru-Guru
                  Sains dan Matematik Di Sekolah Menengah Di Daerah Penampang Sabah. Universiti
                  Teknologi Malaysia.
             Grasha,A.F. (1994). A Matter Of Styles: The Teacher As Expert, Formal Authority, Personnel
                  Model, Facilitator And Delegator. College Teaching. 48(1): 21-31.
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237