Page 230 - rise 2017
P. 230

Untuk  menentukan  saiz  sampel,  maka  Jadual  Penetapan  Krejcie  dan  Morgan  (1970)  telah
             digunakan  dan  hasilnya  saiz  sampel  yang  sesuai  bagi  kajian  ini  ialah  375.  Namun  untuk  mengelak
             daripada jumlah sampel yang tidak mengembalikan soal selidik, maka pengkaji telah menambah bilangan
             sampel kepada 400. Setelah diedar, soal selidik yang lengkap diisi dan dikembalikan adalah sebanyak
             330 dan jumlah ini mencukupi kerana ia menepati syarat iaitu melebihi 70 hingga 80 peratus pulangan
             soal selidik (Cohen et al. 2007).
                  Instrumen  kajian  ini  adalah  soal  selidik  yang  terbahagi  kepada  dua  bahagian.  Bahagian  A,
             berkaitan  latar  belakang  responden  termasuk  gred  pencapaian  kursus  LMCW1022.    Bahagian  B  (40
             item),  mengukur  gaya  pengajaran  pensyarah.  Item-item  dalam  bahagian  ini  telah  diubahsuai  daripada
             Inventori Gaya Pengajaran Grasha (1996), diadaptasi daripada Rahayu (2009) di mana terdapat 8 item
             bagi setiap gaya iaitu Gaya Pakar, Gaya Autoriti Formal, Gaya Model Personel, Gaya Fasilitator dan
             Gaya Delegator. Soal selidik ini menggunakan skala likert lima poin yang bermula dengan 1= sangat
             tidak setuju, hingga 5= sangat setuju. Bagi mendapatkan gaya pengajaran pensyarah dan gaya pengajaran
             yang paling dominan digunakan dalam pengajaran pensyarah bagi kursus ini, nilai skor min digunakan
             sebagai  ukuran.  Nilai  skor  min  bagi  kelima-lima  gaya  pengajaran  Grasha  (1996)  akan  dibandingkan
             dengan nilai skor min yang lebih tinggi akan menunjukkan gaya pengajaran yang paling dominan dan
             kerap digunakan oleh pensyarah.
                  Bagi  pencapaian  pelajar  dalam  Kursus  LMCW1022  pula,  pembahagian  dibuat  kepada  tiga
             bahagian iaitu pencapaian tinggi, pencapaian sederhana dan pencapaian rendah. Pembahagian kategori ini
             dirujuk daripada kajian yang dilakukan oleh Rahayu (2009) dan diubahsuai mengikut gred pencapaian
             pelajar  universiti  UKM.  Pelajar  yang  memperoleh  pencapaian  dengan  nilai  gred  3.67  hingga  4.00
             dikategorikan  sebagai pencapaian tinggi.  Manakala pelajar  yang  memperoleh  pencapaian  dengan  nilai
             gred 2.67 hingga 3.33 dikategorikan sebagai pencapaian sederhana.Pelajar yang memperoleh pencapaian
             dengan nilai gred 0.00 hingga 2.33 dikategorikan sebagai pencapaian yang rendah.
                  Sebelum kajian sebenar dijalankan, kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik telah dilakukan
             ke atas 30 pelajar sarjana muda UKM yang telah mengambil Kursus LMCW1022. Hasil ujian Cronbach
             Alpha menunjukkan bahawa indeks kebolehpercayaan bagi setiap konstruk iaitu gaya pengajaran pakar
             (0.7011) dan kesahannya 0.6301, gaya pengajaran autoriti formal (0.8023) dan kesahannya 0.5435, gaya
             pengajaran  model  personel  (0.8620)  dan  kesahannya  0.4250,  gaya  pengajaran  fasilitator  (0.8899)  dan
             kesahannya  0.5588  serta  gaya  pengajaran  delegator  (0.8331)  dan  kesahannya  0.5833.  Menurut  Mohd
             Majid (2005), instrumen yang baik dan boleh digunapakai adalah instrumen yang kebolehpercayaannya
             melebihi 0.60 dan kesahannya melebihi 0.30.

             Dapatan dan Perbincangan Kajian
             Semua data yang diperoleh daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden dianalisis dengan
             menggunakan perisisan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 18.0.

             Soalan  Kajian:  Apakah  gaya  pengajaran  yang  paling  kerap  digunakan  oleh  pensyarah  dalam
             pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus Asas LMCW1022?

                  Lima gaya pengajaran yang dinilai pelajar adalah gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model
             personel, gaya fasilitator dan gaya delegator. Jadual 1 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi
             kelima-lima  jenis  gaya  pengajaran  pensyarah.  Gaya  pakar  menunjukkan  min  yang  tertinggi  iaitu  4.10
             diikuti gaya model personel mencapai min sebanyak 4.07. Gaya autoriti formal mendapat min sebanyak
             3.52 dan gaya fasilitator mendapat min sebanyak 3.66. Akhir sekali, gaya delegator mencapai min yang
             paling rendah iaitu 3.39.
                  Secara amnya, ini menunjukkan kelima-lima gaya pengajaran ini digunakan pensyarah namun
             gaya  pakar  adalah  lebih  tinggi,  bermakna  lebih  kerap  digunakan.  Ini  menunjukkan  gaya  pengajaran
             pensyarah yang paling dominan digunakan pensyarah dalam Kursus LMCW1022 adalah gaya pakar.
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235