Page 235 - rise 2017
P. 235

responden kajian. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar guru dan pensyarah bahasa Arab
             berusaha sebaik mungkin menyediakan bahan bacaan yang sepadan dengan kebolehan membaca pelajar.

                  Ahmad  Farid  Fadhli  Mustafa  dan  Ab  Halim  Mohamad  (2014)  pula  dalam  kajian  penilaian
             penguasaan  bahasa  Arab  untuk  program  diploma  menyebut  bahawa  penilaian  bahasa  Arab  melihat
             kepada beberapa aspek di dalam bahasa Arab antaranya Qiraah (bacaan), Kitabah (penulisan), Qawaid
             Arabiyyah dan Balaghah. Kesimpulan dalam kajian menunjukkankan bahawa selepas kajian dilakukan,
             tahap penguasaan  bahasa Arab  calon  banyak  bergantung  kepada  Qawaid Arabiyyah yang  mana  hanya
             18.51% sahaja daripada 81 calon yang melepasi ujian Arabic Placement Test (APT).

                  Menurut  Mohamad  Syukri  Abd  Rahman  et.  al  (2015)  menyatakan  di  dalam  kajian  mereka
             bahawa kajian  yang  dilakukan menyentuh tentang  penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
             kemahiran  membaca  bahasa  Arab  Sijil  Menengah Agama  (SMA)  kurikulum  al-Azhar  dengan  tujuan
             untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di
             SABK.  Secara  umummnya  dalam  kajian  mereka  menunjukkan  guru-guru  telah  berusaha  memenuhi
             teknik-teknik  utama  dalam  kaedah  pengajaran  membaca  (min  3.29)  dengan  membimbing  pelajar
             membaca perkataan  dengan sebutan  yang  betul,  memastikan  pelajar memahami makna  perkataan atau
             petikan,  membimbing  pelajar  membaca  ayat  dengan  sebutan,nada  dan intonansi  yang  betul,  membaca
             teks kemudian menjawab soalan kefahaman dan lain-lain.

                  Hazrul Affendi Mohmad Razali et. al (2016) pula telah menjalankan kajian dengan melihat dari
             sudut  item  soalan  yang  telah  diberikan.  Kajian  ini  melibatkan  30  responden  yang  sedang  mengikuti
             STAM daripada SMAN, SABK dan SMAR. Indeks Kesukaran (IK) item yang diperolehi melalui analisis
             item  yang  telah  diskor  menunjukkan  10%  item  berada  di  aras  kesukaran  rendah,  52%  berada  di  aras
             kesukaran sederhana dan 38% berada di aras kesukaran tinggi. Kajian rintis ini mendapati 7 item perlu
             disingkirkan. Penyingkiran item ujian ini telah mengurangkan jumlah item daripada 50 kepada 43 item
             yang akan digunakan dalam kajian sebenar.

                  Namun selepas disoroti, tidak banyak kajian melihat bentuk item soalan yang diberikan sama ada
             sesuai ataupun tidak. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil langkah dengan mengkaji semula bentuk
             soalan yang telah diberikan untuk melakukan penambah baikkan item soalan yang akan dirangka untuk
             peperiksaan seterusnya.


             Objektif Kajian
             Kajian  ini  secara  umumnya  bertujuan mengkaji  kesesuaian  item  atau  soalan  berdasarkan  topik  kursus
             Asas  Bahasa Arab  I  yang  telah  ditetapkan  oleh  USAS.  Bagi  mencapai  tujuan  ini,  terdapat  beberapa
             objektif khusus yang ditetapkan iaitu:

               1.    Mengenal  pasti  tajuk  kursus  yang  digunakan  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran
                     melalui silibus kursus Asas Bahasa Arab 1.
               2.    Mengenal pasti item yang sesuai digunakan dalam ujian serta mengeluarkan item yang lemah
                     dari soalan atau membaiki soalan.

             Kepentingan Kajian
             Kebiasaannya  untuk  membina  sebuah  kertas  soalan  berbentuk  ujian  atau  peperiksaan,  sesetengah
             pensyarah  akan  membuat  soalan  baru,  tetapi  kebanyakan  pensyarah  hanya  membuat  ujian  atau
             peperiksaan dengan menggunakan ujian lama atau mengambil soalan yang terdapat dalam bank soalan
             dan  kemudian  menambah soalan-soalan yang  lain. Oleh yang  demikian,  usaha bagi  mengkaji kembali
             soalan-soalan  ujian  yang  telah  digunapakai  tersebut  amat  penting.  Usaha  menganalisis  dan  mentafsir
             soalan  selepas  pemarkahan  ini  akan  membolehkan  pensyarah  didedahkan  dengan  kekuatan  dan
             kelemahan soalan-soalan yang disediakannya. Oleh yang demikian, pensyarah boleh membaiki, menokok
             tambah atau mengubahsuai soalan-soalan jika perlu.
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240