Page 231 - rise 2017
P. 231
Jadual 1: Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Gaya Pengajaran
Jenis Gaya Pengajaran Min Sisihan Piawai
Gaya Pakar 4.10 0.56
Gaya Autoriti Formal 3.52 0.47
Gaya Model Personel 4.07 0.56
Gaya Fasilitator 3.66 0.42
Gaya Delegator 3.39 0.43
Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Grasha (1994). Beliau mengatakan bahawa pensyarah
cenderung untuk menggabungkan beberapa gaya bagi membina situasi pembelajaran yang sesuai dan
berkesan kepada pelajar. Beliau juga berpendapat bahawa pensyarah yang menggunakan gaya pakar
dalam pengajarannya menunjukkan pengajar tersebut menggunakan semua kemahiran dan kepakaran
dalam bidangnya untuk tujuan pengajaran. Ini menunjukkan pensyarah dalam Kursus LMCW1022 sangat
mahir dan menggunakan semua pengetahuan serta kepakaran dalam pengajaran kursus ini.
Grasha (1994) juga menyatakan bahawa pensyarah yang menggunakan gaya pakar dianggap
pelajar sebagai pensyarah yang mempunyai tahap pengetahuan tinggi dan sangat baik. Ini sangat penting
bagi pelajar untuk merujuk kepada pensyarah sekiranya terdapat kekeliruan serta mendapatkan
penjelasan yang lebih terperinci berkaitan pengajaran yang dipelajari. Gaya pakar ditonjolkan oleh
pengajar yang memiliki pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam bidang yang diajar. Pengajar yang
memiliki gaya ini sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dan mengajar dengan
terperinci serta mendalam. Justeru itu, pengajar yang mengamalkan gaya ini berkehendakkan pelajar-
pelajarnya sentiasa bersedia dan mementingkan penyaluran maklumat secara maksimum ( Abdul Sukor
et al. 2011).
Soalan Kajian: Adakah terdapat hubungan kolerasi antara gaya pengajaran yang paling kerap
digunakan oleh pensyarah dengan pencapaian pelajar dalam Kursus LMCW1022?
Jadual 2 menunjukkan kebanyakan responden berada dalam kategori pencapaian sederhana (39.4%)
dalam Kursus LMCW1022. Manakala sebanyak 30.0% responden lagi mempunyai pencapaian rendah
dan bagi responden berpencapaian tinggi pula adalah sebanyak 30.6%.
Jadual 2 Pencapaian Pelajar Dalam Kursus LMCW1022
__________________________________________________________________
Nilai Gred Kategori Pencapaian Kekerapan Peratus
___________________________________________________________________
3.67-4.00 Tinggi 101 30.6%
2.33-3.33 Sederhana 130 39.4%
0.00-2.00 Rendah 99 30.0%
___________________________________________________________________
Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran pensyarah yang
paling kerap digunakan iaitu gaya pakar mempunyai hubungan kolerasi positif yang signifikan dengan
pencapaian pelajar dalam Kursus LMCW1022. Walaupun kekuatan hubungan ini adalah lemah kerana
nilai r = 0.188 (p<0.05), namun jelas terbukti bahawa gaya pengajaran mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam pembelajarannya. Maka, ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
pengajaran yang paling kerap digunakan oleh pensyarah dengan pencapaian pelajar dalam Kursus Asas
Keusahawanan di UKM.