Page 227 - rise 2017
P. 227

Gaya Pengajaran Pensyarah Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Asas Keusahawanan dan
                                            Inovasi Di UKM

                                                  *
                                  Nur Raihana Ab.Rahim & Norasmah Othman

                                   Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

                                         * raihana04@hotmail.com


                                               Abstrak
             Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya pengajaran pensyarah dengan
             pencapaian  pelajar  dalam  Kursus  Asas  Keusahawanan  di  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM),
             Kajian menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dengan melibatkan 330 pelajar dari 12 fakulti
             di  UKM.  Gaya  Pengajaran  Grasha  yang  terbahagi  kepada  lima  aspek  iaitu  gaya  pakar,  gaya  autoriti
             formal,  gaya  model  personel,  gaya  fasilitator  dan  gaya  delegator  telah  digunakan  dalam  kajian  ini.
             Statistik deskriptif digunakan bagi mengukur kekerapan dan peratusan gaya pengajaran pensyarah dan
             pencapaian pelajar sementara statistik inferensi (ujian Kolerasi Pearson) bagi mengenal pasti hubungan
             antara keduanya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah memang menggunakan kesemua Gaya
             Pengajaran Grasha namun, gaya pengajaran yang paling kerap digunakan adalah gaya pakar. Data juga
             melaporkan  bahawa  terdapat  hubungan  kolerasi  yang  signifikan  antara  gaya  pengajaran  dengan
             pencapaian pelajar dalam Kursus Asas Keusahawanan di UKM. Ini bermakna bahawa gaya pengajaran
             pensyarah  mempunyai  hubungan  yang  signifikan  dengan  pencapaian  pelajar.  Implikasinya,  pensyarah
             seharusnya  mengambil  kira  cara  pengajaran  yang  digunakan  dalam  pengajaran  agar  pelajar  dapat
             memahami serta mencapai pencapaian yang cemerlang dalam kursus ini.
             Kata Kunci: gaya pengajaran pensyarah, pencapaian pelajar, Gaya Pengajaran Grasha, Keusahawanan

             Pengenalan
             Gaya  pengajaran  pensyarah  merupakan  tunggak  utama  yang  boleh  membantu  pencapaian  pelajar.  Ini
             terbukti  dengan  kenyataan  Rahayu  (2009)  apabila  beliau  menyokong  kenyataan  tersebut.    Menurut
             beliau,  seseorang  pensyarah  yang  efektif  adalah  seseorang  yang  berkebolehan  mengenal  pasti
             kepelbagaian pelajar dan seterusnya dapat memahami keperluan mereka. Dengan kesesuaian ini, maka
             Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang digunakan akan dapat memberi impak postif kepada pelajar.
             Malah  Grasha  (1996)  juga  menegaskan  bahawa  gaya  pengajaran  serta  pemilihan  gaya  yang  betul
             berupaya memberi kesan sama ada positif atau negatif terhadap pelajar. Pencapaian pelajar adalah hasil
             daripada  proses  PnP  yang  berlangsung.  Bermakna,  pencapaian  pelajar  adalah  dipengaruhi  oleh
             kefahaman pelajar dalam pembelajaran (Abdul Muqsith, 2013).
                  Terkini, timbulnya pelbagai isu berkaitan graduan universiti. Antaranya isu  pengangguran yang
             menyebabkan  kerajaan  mewajibkan  semua  universiti  menawarkan  kursus  keusahawanan  (Mohamed,
             2009) dan UKM juga tidak berkecuali. UKM telah menawarkan Kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi
             (LMCW1022)  kepada semua  pelajar  sarjana  muda  UKM.  Objektif  penawaran kursus  LMCW1022  ini
             adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar namun kejayaan kursus ini adalah
             berhubungkait  dengan  kompetensi  pensyarahnya  yakni  dari  aspek  pemilihan gaya  pengajaran  mereka.
             Menurut Rosni dan Norfazila (2006) serta Jidarulaila (2003), pilihan gaya pengajaran pensyarah ternyata
             memberi impak besar terhadap minat pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya memberi kesan kepada
             pencapaian mereka.
                  Rentetan  itu,  maka  satu  kajian  dilaksanakan  bagi  tujuan  mengenal  pasti  gaya  PnP  yang
             digunakan pensyarah dalam kursus LMCW1022. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti gaya
             pengajaran yang paling kerap dipraktikkan, selain mengukur sama ada terdapat hubungan antara  PnP
             pensyarah dengan pencapaian pelajar dalam kursus tersebut.

             Gaya Pengajaran Pensyarah
             Gaya  pengajaran  pensyarah  boleh  dilihat  berdasarkan  penyampaian  isi  pengajaran  dalam  proses  PnP
             berlangsung. Pensyarah yang pandai mendidik akan memudahkan pelajarnya memahami isi pengajaran
             yang disampaikan dan hasilnya menimbulkan minat terhadap pelajar kerana dapat menguasai pelajaran
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232