Page 241 - rise 2017
P. 241

dapat memberi maklumat ukuran psikologi yang tepat.
                  Pengkaji  berpendapat  berdasarkan  dapatan  analisis,  bahawa  item  bahagian  pertama  iaitu
             arahannya  terjemahkan  perkataan-perkataan  berikut  ke  dalam  bahasa  Melayu  yang  mana  perkataan-
             perkataannya berbentuk Muanntah, pelajar dilihat tidak mampu menguasai maknanya seperti perkataan
             ةاوكملا dan ةجلاثلا.

                  Berdasarkan  dapatan  analisis  bahagian  kedua,  yang  mana  arahannya  jadikan  Jama’  bagi  Kata
             Nama berikut bahawa penekanan terhadap jenis-jenis Jama’ perlu ditekankan kerana terdapat beberapa
             bentuk jenis Jama’yang tidak dikuasai khususnya Jama’ Taksir seperti perkataan ريقف dan فيض.

                  Pengkaji  juga  berpendapat  berdasarkan  dapatan  analisis,  bahawa  item  bahagian  ketiga  iaitu
             arahannya  isikan  tempat  kosong  dengan  meletakkan  Kata  Tunjuk  Jauh  (KTJ)  bagi  KN  berikut  adalah
             tidak  sesuai  digunakan  kerana  kebanyakkan  pelajar  dilihat  terlalu  mudah  untuk  menjawab  disebabkan
             tajuk ini berkaitan dengan tajuk ke tiga iaitu Mudhakkar dan Muannath. Jika hendak dikekalkan tajuk ini,
             pengkaji  mencadangkan  agar  pembina  soalan  banyak  memasukkan  perkataan  berbentuk  Mudhakkar
             Ma’nawi dan Muanntah Ma’nawi.

                  Hal  ini  disebabkan,  jika  soalan  terlalu  mudah  akan  dapat  dijawab  oleh  hampir  keseluruhan
             pelajar dengan betul dan jika soalan terlalu sukar pula hampir keseluruhan pelajar tidak dapat menjawab
             denga tepat. Justeru, jika item soalan sebegini terus dikekalkan, ia tidak dapat membezakan pelajar yang
             rendah keupayaannya dan yang tinggi keupayaannya.

                  Oleh yang demikian, pengkaji seterusnya mencadangkan agar kajian lanjutan berkaitan tentang
             Indeks  Kesukaran  dilakukan  dengan  menambah  serta  melihat  dari  sudut  Indeks  Diskriminasi.  Indeks
             Diskriminasi ini pula dilakukan pengajar untuk melihat perbezaan calon-calon daripada kumpulan yang
             berada pada aras tinggi dan kumpulan yang berada pada aras rendah serta mengetahui kelemahan dalam
             pengajaran dan membuat item soalan yang sesuai.

             Rujukan
             Abd  al-Rahim.  (1997).  Durus  al-Lughah  al-‘Arabiyyah.  Al-Madinah  al-Munawwarah:  Maktabi’  al-
                  Jami’ah al-Islamiyyah.

             Ahmad  Farid  Fadhli  Mustafa  dan  Abd  Halim  Mohamad.  (2014).  Tahap  Penguasaan  Bahasa  Arab:
                  Kajian  Melalui  Ujian  Penempatan  Bahasa  Arab  (APT).  2nd  World  Conference  On  Islamic
                  Thought & Civilization. 18-19 Ogos 2014.

             Hazrul Affendi Mohmad Razali, Zamri Arifin & Hakim Zainal. (2016, Disember). Analisis Item Ujian
                  Tahap Penguasaan Ilmu Nahu Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jurnal Al-Anwar,
                  Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT). Vol.  2 (2), 1-22

             Mohamad  Syukri  Abd  Rahman,  Muhammad  Haron  Husaini,  Ismail  Omar,  Mohamed  Fairooz  Mohd
                  Fathillah, Nor Effendy Ahmad Sokri dan Yuszaimi Muslil. (2015, Jun). Penilaian Pelaksanaan
                  Pengajaran  Dan  Pembelajaran  Kemahiran  Membaca  Bahasa  Arab  Sijil  Menengah  Agama
                  (SMA)  Kurikulum  Al-Azhar  Di  Sekolah-Sekolah  Agama  Bantuan  Kerajaan  (SABK)  Di  Negeri
                  Selangor.    E-Jurnal     Pendidikan    Vol.     2      (3),     24-34.
                  https://ejurnalfp.files.wordpress.com/2015/08/penilaian-pelaksanaan-pengajaran-dan-
                  pembelajaran-kemahiran-membaca-bahasa-arab-sijil-menengah-agama1.pdf

             Mok  Soon  Sang.  (1995).  Asas  Pendidikan  3  –  Penilaian  Dalam  Proses  Pendidikan.  Kuala  Lumpur:
                  Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

             Rafa’il Nakhlah al-Yasuiy. (1986). Ghara’ib al-Lughah al-Arabiyyah. Beirut: Dar al-Masyriq.

             Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar dan Ahmad Pangidoan Nasution. (2006).
                  Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai: Penerbit USIM.
   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246