Page 220 - rise 2017
P. 220

DAPATAN KAJIAN
             Secara  khususnya,  kajian  tindakan  ini  dilaksanankan  untuk  memperkasakan  penguasaan  kemahiran
             insaniah (teamwork dan leadership) memalalui program bersama komuniti setempat. Hasil pengumpulan
             data melalui soal selidik dan temubual dilihat memberi maklumbalas positif terhadap pelajar politeknik.
             Namun terdapat dua objektif utama yang perlu digariskan hasil daripada analisis daripada dapatan kajian
             sama ada objektif utama program ini tercapai atau sebaliknya.

             6.1      Bagaimanakah program khidmat masyarakat ini  dapat membantu saya dalam memperkasakan
             penguasaan  kemahiran  insaniah  pelajar  sebagai  persediaan  sebelum  pelajar  ini  berhadapan  dengan
             masyarakat?
             Sebelum  program  dijalankan,  pelajar  mempunyai  kemahiran  insaniah  yang  rendah.  Ini  kerana
             kemahiran  tersebut  tidak  dititikberatkan  sedangkan  ia  merupakan  aspek  penting  sebelum  pelajar
             memasuki alam pekerjaan. Program ini membantu pelajar berhadapan dengan komuniti dengan melatih
             pelajar  berkomunikasi  secara  terus.  Selain  itu,  dapat  dilihat  pelajar  boleh  teamwork  antara  mereka
             dalam  mengendalikan  program  dengan  masing-masing  mengetahui  tanggungjawab  tanpa  perlu
             pensyarah  memberi  arahan.  Dari  segi  leadership  pelajar  diuji  dengan  bagaimana  mereka  memimpin
             peserta kumpulan dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dari segi penguasaan teori, kendalian
             litar dan penyambungan litar dimana pelajar sendiri hendaklah memberi penerangan yang mudah, jelas
             dan teratur.

             6.2      Bagaimanakah peningkatan penguasaan kemahiran insaniah pelajar selepas penglibatan pelajar
             dengan program khidmat masyarakat ini?
             Impak  daripada  program  get  diod    membantu  pelajar  dan  komuniti  setempat  saling  berkomunikasi
             anatara  satu  sama  lain.  Hasil  daripada  program  ini,  pelajar  dilihat  berkeyakinan  tinggi  untuk
             berkomunikasi  dan  tidak  lagi  malu  untuk  berkomunikasi  dengan  pihak  luar.  Penguasaan  teamwork
             pelajar meningkat di mana apabila pelajar menerangkan teori dan praktikal terhadap peserta, mereka
             memahami  dan  boleh  melakukan  penyambungan  litar.  Leadership  pelajar  juga  meningkat  dengan
             program  yang  berlangsung  berjalan  dengan  baik  dan  teratur  menunujukkan  pengurusan  yang  bagus
             dalam  menjayakan  program.  Ini  selari  dengan  dapatan  soal  selidik  dan  temubual  yang  menunjukkan
             bahawa para fasilitator dapat meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah.

             KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
             Kajian program ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran komunikasi, leadership dan teamwork
             diantara  pelajar-pelajar  politeknik  dengan  komuniti  luar.  Hasil  dapatan  dan  pemerhatian  semasa
             menjalankan  kajian  ini,  didapati  pelajar  berjaya  menyampaikan  dan  menerangkan  dengan  jelas  ilmu
             tersebut  kepada  pelajar  sekolah  rendah.  Secara  keseluruhannya,  hasil  kajian  menunjukkan  melalui
             program  khidmat  masyarakat  ini  dapat  meningkatkan  kemahiran  insaniah  pelajar  dari  segi  cara
             berkomunikasi,  teamwork  dan  sikap  leadership.  Ianya  jelas  apabila  reponden  menyatakan  mereka
             memahami  penerangan  yang  disampaikan  oleh  fasilitator.  Disamping  itu,  kajian  ini  juga  dapat
             memberikan  impak  yang  positif  di  kalangan  pelajar  kerana  pelajar  lebih  berkenyakinan  untuk
             berkomunikasi selepas program ini dilaksanakan. Selain dari itu, hasil kajian ini dapat dijadikan panduan
             yang  jelas  kepada  pensyarah  dalam  usaha  memperbaiki  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  yang
             berkonsepkan Outcome Base Education. Pembelajaran juga boleh dibuat secara kolaboratif iaitu melalui
             interaksi secara berkesan diantara pelajar-pelajar mampu memperkasa kemahiran insaniah mereka.

             RUJUKAN
             [1]   Md Zain, S., Suja’, F., Ahmad Basri, N.E., dan Basri H. (2007). Penilaian kemahiran Insaniah
                Dalam Kursus Sistem Bioreaktor KW4113. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam
                Bina.Universiti Kebangsaan Malaysia

             [2] Ahmad Isa, Suhaili Padil & Asri Selamat. (2013) Kemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan
                Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysia.  Jurnal Kajian Pendidikan, 3(2)
                Disember 2013.
             [3] Ang Kuan Hua. (2016) Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian
                Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 1, Issue 1, (page 17 - 23), 2016
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225