Page 89 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SMKTB 2020
P. 89
BIDANG TUGAS PENYELARAS PPKI
Pentadbiran Umum
1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah.
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang,
menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan
khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Perak kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini:
6.1. Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2. Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4. Fail Mata Pelajaran,
6.5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9. Fail Program Inklusif,
6.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12. Buku Stok
6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif Separa dan Inklusif Penuh
11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari (tertakluk
kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas).
13. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah
menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,
14. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang
permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa.
GURU NADI TRANSFORMASI SEKOLAH 83