Page 92 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SMKTB 2020
P. 92
BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS
Pengurusan Dokumen
1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya
sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini.
4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan
mesyuarat dan lain-lain.
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi.
2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk
mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng).
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan
khas di kelasnya.
4. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru.
5. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya
yang telah tamat tempoh percubaan.
6. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke
sekolah menengah atau Sekolah Vokasional.
7. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki
peperiksaan awam.
8. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan.
9. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.
Pengurusan Data
1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya
maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
Pengurusan Kewangan
1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit.
GURU NADI TRANSFORMASI SEKOLAH 86