Page 91 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SMKTB 2020
P. 91
Pengurusan Kewangan
1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun.
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa).
3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru pendidikan khas.
4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan
kepada semua guru pendidikan khas.
5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh
bendahari kelas.
Pengurusan Kelas
1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak
pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi.
Pengurusan Jadual Waktu
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang
sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas
dari masa ke semasa.
2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada
bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua
dokumen ini hendaklah dikemaskini.
3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau
penjaga.
4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di
kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam.
Pengurusan Diri
1. Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas.
2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.
GURU NADI TRANSFORMASI SEKOLAH 85