Page 2 - FAQEH 2018
P. 2

Assalamualaikum WBT
          Salam Melaka Berwibawa
          Pintar, Hijau, Bersih.



          Alhamdulillah,  ucapan  tahniah  dan  syabas  kepada  semua  pihak  terutama
          kepada  pihak  penganjur  iaitu  Bahagian  Ambilan  dan  Pembangunan  Pelajar,
          Jabatan  Pendidikan  Politeknik  &  Kolej  Komuniti,  Politeknik  Merlimau  dan
          agensi-agensi  swasta  yang  terlibat  dalam  menjayakan  program  yang  amat
          bermanfaat  ini.  Bagi  pihak  Jabatan  Pendidikan  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti,

          saya  amat  memuji  usaha  murni  yang  dilaksanakan  ini  kerana  sentiasa  cakna
          mengenai  kepentingan  memahami  isi  kandungan  Al-Quran  yang  menjadi
          panduan kita semua sebagai umat Islam.

          Saya  amat  yakin  bahawa  program  ini  bukan  sahaja  mampu  mencapai
          matlamatnya  tetapi  bakal  memenuhi  aspirasi  negara  dalam  melahirkan
          masyarakat yang bukan sahaja bijak pandai malah mempunyai keseimbangan
          dalam aspek ukhrawi.


          Harapan  saya,  agar  para  peserta  bukan  sahaja  mendapat  ilmu  tetapi  dapat
          menggalakan semua warga Politeknik untuk lebih kerap membaca, mendalami
          dan  beramal  dengan  Al-Quran.  Selain  itu,  Meningkatkan  kefahaman  dan
          kemahiran  warga  Politeknik  tentang  penguasaan  Al-Quran  seterusnya
          melahirkan warga Politeknik yang celik Al-Quran.

          Sebagai penutup, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
          dan terima kasih kepada semua pihak yang melaksanakan inisiatif ini. Semoga
          usaha ini membawa seribu manfaat kepada kita semua terutama bagi generasi
          yang akan datang dalam memimpin dan melahirkan masyarakat yang seimbang
          dunia dan akhirat.

          Sekian, terima kasih.

           YBHG. PROF. DATO' TS. DR. MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ
          Ketua Pengarah
          Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
   1   2   3   4   5   6   7