Page 4 - FAQEH 2018
P. 4

Assalamualaikum WBT

        Salam Melaka Berwibawa
        Pintar, Hijau, Bersih.


        Marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

        kurnia-Nya,  program  Festival  Quran  Dihatiku  Politeknik  Malaysia  2018  atau  lebih

        dikenali  sebagai  FaQeH’18  dapat  dilaksanakan  dengan  kerjasama  semua  pihak
        terutama rakan kolaborasi yang terdiri daripada Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan
        Yayasan  Warisan  Ummah  Ikhlas.  Saya  juga  ingin  menzahirkan  ucapan  tahniah

        kepada semua jawatankuasa khususnya mereka yang telah menabur khidmat bakti
        sepenuhnya atas kejayaan penganjuran program ini.


        Saya  amat  percaya  bahawa  dengan  adanya  program  seumpama  ini,  malah  lebih-
        lebih  lagi  dianjurkan  peringkat  Politeknik  Malaysia  bakal  memberi  impak  yang

        sangat besar. Terutamanya dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan untuk
        mendidik  warga  politeknik,  khususnya  kepada  pelajar  tentang  bentuk-bentuk

        kesenian (melalui pertandingan yang diadakan) yang ada dalam Islam dan melatih
        dalam  kalangan  pelajar  dengan  kemahiran  ”Tadabbur”  dan  ”Tazakkur”  Al-Quran
        dan  seterusnya  mewujudkan  suasana  Quran  yang  lebih  aktif  dan  berterusan  di

        kalangan warga Politeknik bermula pada tahun 2018.


        Saya berharap agar para peserta yang hadir bagi mewakili Politeknik masing-masing
        dapat mengambil peluang dan ruang yang diberikan ini untuk belajar sesuatu yang
        sekaligus dapat dikongsikan kepada institusi masing-masing.


        Oleh itu, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah
        menjayakan  program  ini.  Akhir  kata,  saya  mendoakan  agar  kita  semua  sentiasa

        berada  di  landasan  yang  terbaik  untuk  memacu  ke  arah  melahirkan  pelajar  yang
        holistik demi masa depan negara.


        Sekian, terima kasih.



        TN. HJ. ROSLI BIN HAMID
        Pengarah
        Politeknik Merlimau, Melaka
   1   2   3   4   5   6   7   8   9