Page 3 - FAQEH 2018
P. 3

Assalamualaikum WBT
        Salam Melaka Berwibawa
        Pintar, Hijau, Bersih.


        Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik

        dan Kolej Komuniti (JPPKK) ingin menzahirkan rasa terima kasih khususnya kepada
        Politeknik  Merlimau  dan  kepada  dua  agensi  swasta  iaitu  Akademi  Sinergi  Ikhlas

        Sdn  Bhd  serta  Yayasan  Warisan  Ummah  Ikhlas  atas  semangat  yang  padu  demi
        menjayakan Festival Quran Dihatiku Politeknik Malaysia 2018 ini.


        Amat  mustahil  untuk  menjayakan  majlis  besar  seumpama  ini  tanpa  penglibatan
        daripada pelbagai pihak baik dari segi promosi di pelbagai platform seperti media

        cetak dan elektronik, pengurusan penyertaan yang melibatkan seluruh Politeknik
        dan  banyak  aspek  lain.  Saya  berharap,  kerjasama  ini  bukan  sahaja  akan
        menampakkan  impak  positif  mengenai  program  malah  akan  memberi  kesan

        jangka panjang hasil daripada teknik ‘tadabbur dan tazakkur’ Al-Quran.

        Ini  merupakan  program  siri  pertama  yang  dianjurkan  seumpamanya  dan

        penganjuran  pada  kali  ini  amat  bertepatan  di  Politeknik  Merlimau  sebagai  ‘kick
        start’ kepada acara tahunan program ini di Politeknik lain.


        Semoga segala usaha yang telah dirancang ini bakal memberi pahala dan kebaikan
        kepada semua yang terlibat. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas

        kepada  seluruh  jawatankuasa  penganjur  kerana  sentiasa  komited  bagi
        penganjuran program ini.


        Sekian, terima kasih.




        TN. HJ. WAN MOHAMAD NASIR BIN WAN ABDUL RAHMAN
        Pengarah
        Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar
        Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
   1   2   3   4   5   6   7   8