Page 14 - Atiqah
P. 14

7.5     Misi
                       Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan penjagaan penampilan dan kesihatan diri
                       dalam kehidupan seharian.




               7.6     Keahlian

                                i.      Keahlian  terbuka  kepada  semua  murid  Tahun  3,  4,  5  dan  6  Sekolah

                                        Kebangsaan  Hamzah  1  tanpa  mengira  bangsa,  agama,  jantina  dan
                                        kedudukan sosial pelajar.

                               ii.      Permohonan  menjadi  ahli  adalah  dengan  cara  mengisi  borang  yang
                                        disediakan.
                               iii.     Ahli-ahli  mestilah  menerima  serta  bersetuju  berpegang  kepada

                                        Perlembagaan  dan  akan  mengambil  bahagian  dengan  cergas  bagi
                                        menjayakan tujuan persatuan ini.

                               iv.      Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam
                                        kemajuan kelab.
                               v.       Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

                               vi.      Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.





               8.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

                            Rujuk LAMPIRAN

               9.0       PENUTUP


                       Kesimpulannya,  penubuhan  “Persatuan  Kesihatan  Diri”  merupakan  satu  asset  yang
                       bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama

                       baik  sekolah melalui  setiap  aktiviti  yang  akan  disertai.  Selain  itu  juga, kemahiran  dan
                       disiplin yang diterapkan dalam Persatuan Kesihatan Diri mampu melahirkan kelompok
                       masyarakat  yang  bersatu  padu  dan  berhemah  tinggi.  Justeru,  diharapkan  pihak  tuan

                       dapat mempertimbangkan permohonan ini yang pastinya dapat memberikan manfaat dan
                       kelebihan kepada murid-murid yang akan menyertainya. Segala jasa baik dan perhatian
                       pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
                                                                                                            14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19