Page 9 - Atiqah
P. 9

5.2 JENIS PERSATUAN
                            Persatuan Kesihatan Diri

                      5.3 CIRI CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN

                      5.3.1  Keberkesanan

                            Persatuan  Kesihatan  Diri  ini  dapat  memberi  peluang  kepada  murid  untuk

                     memperkemaskan lagi penampilan diri dan memelihara kesihatan tubuh badan. Persatuan
                     ini  ditubuhkan  bagi  memberi  kesan  kepada  murid  malahan  perstauan  ini  menfokuskan

                     penampilan dan kesihatan diri murid dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya, jika
                     murid ke sekolah dalam keadaan kemas dan bersih serta sihat, murid akan disenangi oleh
                     rakan-rakan serta orang sekeliling. Murid juga akan selesa dan bersemangat untuk belajar.

                     Persatuan ini juga boleh memberi manfaat kepada murid tentang asas keperluan penjagaan
                     makanan dan penampilan.

                     5.3.2     Jangka masa dan berterusan


                            Pelaksanaan aktiviti dalam persatuan ini adalah berterusan dimana pelbagai aktiviti
                     akan direncanakan bagi memastikan semua murid mendapat manfaat dan input setiap kali

                     menghadiri perjumpaan persatuan. Bukan itu sahaja, penubuhan persatuan ini diharapkan
                     berkekalan dan boleh dipraktikkan sepanjang kehidupan.

                      5.3.2  Peluang pembelajaran


                             Setiap murid akan diberi peluang untuk menerima pembelajaran. Hal ini demikian
                      kerana semua ahli perlu mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang disediakan bagi
                      mencapai  objektif  yang  ditetapkan.  Setiap  aktiviti  yang  dirancang  adalah  melibatkan

                      penglibatan murid secara penuh agar setiap murid memperoleh ilmu yang lebih bermakna
                      melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan.


                      5.3.3  Interaksi / Pendedahan

                            Murid akan diajar cara-cara untuk menjaga penampilan diri dan kesihatan dengan
                      betul.  Hal  ini  dapat  memberikan  keyakinan  kepada  murid  untuk  bergaul  dengan  orang

                      sekeliling. Murid juga akan mempraktikkan pembelajaran dalam kehidupan seharian untuk
                      berada dalam keadaan kemas, bersih dan sihat.



                                                                                                             9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14