Page 6 - Atiqah
P. 6

3.0      OBJEKTIF


                       3.1    Objektif pelaksanan Penubuhan Persatuan ini adalah seperti berikut:

                              3.1.1  Dapat mewujudkan murid-murid yang berketerampilan bersih dan kemas
                              3.1.2  Dapat memastikan murid-murid sekeliling selesa bergaul dan berkawan

                              3.1.3  Memupuk minat murid untuk sentiasa menjaga kebersihan diri
                              3.1.4  Melahirkan rasa cinta akan kebersihan.


               4.0     RASIONAL

                       Persatuan Kesihatan Diri ini merupakan satu program kesihatan dalam melahirkan
                       dan memupuk rasa tanggungjawab para  murid mengenai kepentingan penjagaan

                       kesihatan.  Melalui  program  ceramah  ,  kempen  menderma  darah  dan  pameran
                       kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan  kesihatan.


                       Persekitaran  Bersih  Hidup  Sihat  adalah  tema  yang  penting  kerana  persekitaran  yang

                       bersih,  sihat  dan  selamat  merupakan  keperluan  asas  manusia.  Persekitaran  perlu
                       dilindungi dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa kini
                       dan  masa  hadapan.  Interaksi  di  antara  manusia  dan  persekitaran  perlu  seimbang.  Ini
                       adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama lain.

                       Sekiranya  keseimbangan  ini  diancam,  kemungkinan  besar  manusia  akan  menghadapi
                       pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan makanan dan

                       air,  penyakit-penyakit  bawaan  vektor,  pencemaran  udara  dan  lain-lain  keadaan  yang
                       membahayakan


                       Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja dan
                       taman  rekreasi  boleh  mempengaruhi  kualiti  persekitaran.  Oleh  sebab  itu,  program  ini

                       diadakan  untuk  memberikan  kesedaran  kepada  murid-murid  terhadap  kepentingan
                       menjaga kebersihan supaya dapat mengelakkan penyakit dan dapat hidup dalam keadaan

                       sihat sejahtera.




                                                                                                             6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11