Page 5 - Atiqah
P. 5
1.0 PENDAHULUAN
Persatuan ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Para murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak
di bangku sekolah lagi.
2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT
2.1 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dicadangkan adalah berdasarkan pekeliling:
i. Untuk mendapatkan kelulusan bagi menubuhkan Persatuan Kesihatan Diri
(PESRI)
ii. Untuk mendapatkan kelulusan daripada guru besar bagi melaksanakan
aktiviti di bawah perancangan Persatuan Kesihatan Diri(PESRI)
iii. Untuk memohon perutukan daripada pihak sekolah untuk membiayai aktiviti
yang dijalankan.
2.2 MATLAMAT
a) Untuk menyemai rasa cinta akan kebersihan diri dan mengamalkan pemakanan
yang sihat
b) Memastikan murid sentiasa berketerampilan bersih dan kemas
c) Kebersihan dapat menjadi rutin dalam kehidupan seharian
d) Memupuk minat murid dalam menjaga kesihatan diri murid
e) Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang menjaga kebersihan diri.
5