Page 11 - Atiqah
P. 11
6.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN
6.1 LANGKAH LANGKAH PENUBUHAN.
Langkah-langkah untuk menubuhkan sesebuah persatuan ialah didahului dengan
mengenal pasti dahulu kelab yang akan diluluskan iaitu Persatuan Kesihatan Diri.
Kemudian, surat permohonan penubuhan Persatuan Kesihatan Diri perlu dihantar kepada
guru besar bagi meminta kelulusan. Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Penaja diadakan
untuk membina dan meyediakan draf perlembagaan Persatuan Kesihatan Diri dan draf
aktivit tahunan. Setelah itu, mengadakan majlis perjumpaan atau Mesyuarat Agong
Penajaan dengan ahli persatuan. Kemudian, surat permohonan Persatuan Kesihatan Diri
dan dihantar dan apabila mendapat surat kelulusan penubuhan dan pendaftar Persatuan
Kesihatan diri , Mesyuarat Agong dikendalikan. Setiausaha perlu mencatat minit mesyuarat
semasa mesyuarat. Mesyuarat agong diadakan. Kemudian, pengurusan, pelaksanaan
aktiviti Persatuan Kesihatan Diri perlu dipantau oleh Jawatankuasa dan perlu
didokumentasikan. Akhir sekali proses pengauditan dilaksanakan.
6.2 CARTA ALIR PENUBUHAN
Rujuk LAMPIRAN
6.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN
Rujuk LAMPIRAN
7.0 IDENTITI PERSATUAN
- Untuk memastikan persatuan ini dapat dikenali oleh murid-murid mahupun ibu bapa
dan masyarakat, saya telah mereka satu logo, lagu, visi dan misi serta moto sebagai
satu perkenalan bagi persatuan kesihatan diri ini.
11