Page 3 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 3

Logo  atau  lencana  sekolah  ini  dicipta  berasaskan  gambar  rajah  bulatan  yang
                   melambangkan  kesepaduan  tekad  dan  azam  serta  kesefahaman  usaha,  berlandaskan
                   pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ”. Reka bentuk
                   menyerupai  manusia di  tengah-tengah lencana  membawa maksud pelajar dengan buku
                   terbentang di hadapannya.Gambar rajah berbucu lima adalah lambang perguruan dengan
                   motif  tenaga  pendidik  yang  mendukung  Falsafah  Pendidikan  Negara  dan  sentiasa
                   berusaha ke arah melahirkan pelajar yang sempurna, berketrampilan dan seimbang dari
                   segi emosi, jasmani, rohani dan intelek tanpa mengenepikan lima Rukun Islam sebagai
                   tanda taat kepada Allah.

                          Huruf-huruf SMKG adalah singkatan daripada nama penuh sekolah iaitu Sekolah
                   Menengah  Kebangsaan  Gemereh,  Segamat.  Pada    bahagian  tapak  lencana  ini  tertera
                   perkataan  CERGAS  CERDAS  CEMERLANG  yang  menjadi  moto  sekolah.  Moto  ini
                   membawa pengertian setiap insan pelajar  wajar mempunyai kecergasan fizikal , sihat
                   tubuh  badan  sebagai  langkah  awal  untuk  mempersiapkan  diri  menghadapi  pelajaran.
                   Kesediaan ini akan menentukan pula kecerdasan mental yang akan lahir daripada tubuh
                   badan yang sihat dan cergas. Kecergasan dan kecerdasan inilah yang merupakan faktor
                   penyumbang untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang pelajar.

                          Berasaskan kesepaduan tekad dan kesepakatan usaha yang dijana oleh kata-kata
                   keramat CERGAS, CERDAS dan CEMERLANG             ini para pelajar dididik dan dibimbing
                   ke arah menjadi manusia unggul dan dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba
                   sewaktu  alam  persekolahan    sebagai  perisai  yang  dapat  melindungi    diri  ,  keluarga,
                   masyarakat dan negara daripada ditembusi oleh pelbagai gejala buruk yang melanda umat
                   dan dunia sejagat.
   1   2   3   4   5   6   7   8