Page 4 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 4
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMEREH
Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh ditubuhkan pada 16 September 1996. Kumpulan pelajar pertama
seramai 89 orang dengan 7 orang guru. Peringkat awal pelajar sekolah ini diambil dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Segamat dan Sekolah Menengah Convent, Segamat.Perpindahan pelajar-pelajar
tersebut berdasarkan lokasi penempatan mereka yang tinggal di sekitar Kampung Gemereh iaitu Batu
Hampar, Kampung Paya Dalam,, Kampung Gudang Garam, Tanjung Sengkawang, Tasik Alai,Kampung
Gemereh, Bukit Pupuk, Batu Badak dan pelajar-pelajar dari Taman Gemereh dan Taman Bunga Raya.
Bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa . Pelajar-pelajar dari SK
Gemereh, SK Tebing Tinggi, Sk Bukit Tunggal mula ditempatkan di sekolah ini.
Tahun Bilangan Guru Bilangan Pelajar
1996 7 orang 89 orang
1997 24 orang 283 orang
1998 31 orang 448 orang
2008 49 orang 520 orang
2009 47 orang 521 orang
2010 45 orang 455 orang
2011 40 0rang 454 orang
2012 40 orang 455 orang
2013 40 orang 439 orang
2014 39 orang 411 orang
2015 39 orang 379 orang
2016 39 orang 388 orang
Pada peringkat awal penubuhannya SMK Gemereh mempunyai 18 buah bilik darjah, 6
buah Makmal Sains, satu blok Bengkel Kemahiran Hidup, satu blok Teknologi Kejuruteraan, dewan,
kantin, bengkel pertanian, dan blok pentadbiran.
Pada tahun 1997 kelas Pendidikan Khas (masalah pembelajaran ) telah dibuka di sekolah ini.
Bilangan pelajar hanya seramai 3 orang dengan seorang tenaga pengajar.
Tahun 2002 pula Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh telah melaksanakan Pelaksanaan
Sistem Kualiti MS ISO 9002 dan Sistem Kualiti Pengurusan Sekolah Menyeluruh (Total Quality School).
Melalui pelaksanaan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh komited untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik , serta memastikan peningkatan yang berterusan melalui ;
- Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
- Pengurusan penilaian dan peperiksaan yang cekap dan sistematik
- Pengurusan sumber yang berkesan dan optimun
- Pembangunan staf dan insan yang konsisten.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar ‟Celik IT‟ dalam kalangan pelajar ,
maka pada tahun 2005 sebuah makmal komputer telah dibina.
Dua blok bangunan tambahan telah dibina pada tahun 2008 dan telah digunakan sepenuhnya pada
awal tahun 2009. Bangunan baru tersebut kini menempatkan 3 kelas tingkatan 5, bilik seni, bengkel
Kemahiran Hidup dan Lukisan Kejuruteraan, pusat akses makmal bahasa, Arena Budaya, serta Bilim
Matematik
Sehingga kini, SMK Gemereh telah ditadbir oleh 6 orang pengetua yang kesemuanya membawa
misi kecemerlangan akademik dan sahsiah .Mereka ialah ;
1. Tuan Hj. Ayob Bin Jantan ( 1996 – 2004)
2. En. Zinaldin Bin Abdul Kadir ( Ogos 2004 – 2006)
3. Pn. Hjh. Muriatun Binti Mohd Said ( 2007 – 2008)
4. En. Jamil Bin Sajuri ( 2009 – 2011)
5. Pn. Rukiah Binti Al- Haj Abdul Razak ( 2012 - Mei 2014)
6. Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Sakiran ( 16 Jun 2014 - 16 September 2015)
7. En. Mohd Zaki Bin Yaacob (4 Oktober - Sekarang )