Page 9 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 9
Seulas pinang
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT
Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera…..
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t, atas limpah izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Syabas diucapkan kerana pihak sekolah telah berjaya menghasilkan majalah sekolah yang
merupakan salah satu media yang merakamkan pencapaian akademik dan pelbagai aktiviti sepanjang
tahun persekolahan untuk tatapan warga sekolah dan masyarakat amnya. Di samping itu, majalah ini juga
menjadi wadah kepada pelajar bagi mengasah bakat dan kreativiti dalam pelbagai bidang terutamanya
bidang penulisan.
Transformasi pendidikan yang telah direncana merupakan legasi Negara yang bukan sahaja
melibatkan murid pada hari ini malah seluruh anak bangsa yang menerajui kepemimpinan Negara kelak.
Memang tidak dapat dinafikan lagi sebagai titik tolak untuk memulakan perubahan itu memerlukan
keazaman yang tinggi, iltizam yang kuat melalui kerjasama yang padu di peringkat guru mahupun ibu
bapa. Kebersamaan serta niat yang ikhlas, insya-Allah usaha kita akan diberkati seterusnya aspirasi yang
dihasratkan akan dicapai.
Tahniah dan syabas kerana SMK Gemereh telah terpilih sebagai Sekolah Transformasi. Peranan
semua pihak sangat penting agar hasrat yang diharapkan dapat direalisasikan.
Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar bahan penerbitan ini mampu dimanfaatkan
oleh seluruh warga sekolah dan komuniti setempat. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad dan
membina semangat jitu dalam melonjakkan kualiti pendidikan seiring dengan Transformasi Pendidikan
Negara.
Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(EN. AZMAN BIN ADNAN )
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat.