Page 12 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 12
Serangkap bicara
KETUA PELAJAR
SMK GEMEREH
Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada SIDANG EDITORIAL GEMALA
kerana berjaya menerbitkan Majalah GEMALA EDISI ke-14 2016. Dengan adanya majalah
tahunan GEMALA para pelajar dan guru dapat mengimbau kembali kenangan yang berlaku ketika
di sekolah.
Dapat menempuh alam persekolahan para pelajar perlu akur dan mempunyai sifat tabah dalam
menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang datang. Semangat ingin bersaing perlu wujud dalam
diri pelajar kerana itu kekuatan yang proaktif dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik
mahupun kokurikulum. Semangat ini juga bakal menjadi pemangkin kepada budaya berfikir dan
muhasabah dalam membentuk generasi yang hebat serta unggul.
Pelajar yang hebat mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai
seorang pelajar ataupun khalifah yang menjadi harapan agama, bangsa, negara dan keluarga.
Maruah agama, keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi
masa kini.
Sebagai inti bicara, saya mewakili semua pelajar yang ingin mengucapkan terima kasih dan syabas
kepada Ahli Sidang Editorial Gemala. Saya ingin mengambil kesempatan menyeru kepada semua
agar menjadi pelajar yang cemerlang, berjaya di dunia dan akhirat dari aspek akademik, sahsiah
dan kokurikulum. Sumbanglah jasamu kepada sekolah walau sebutir pasir agar visi dan misi
sekolah tercapai dalam menuju sekolah transformasi.
Sekian , terima kasih.
Yang benar,
(MOHD FARHAN BIN ABU HASAN)
Ketua Pengawas
Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh 2016