Page 10 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 10

Sekalung budi

                                                  Pengetua SMK Gemereh











                      Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera…..

                      Terlebih  dahulu  saya  ingin  mengucapkan  jutaan  terima  kasih  kepda  sidang  redaksi  majalah
               Gemala kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata.

                      Tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana SMK Gemereh merupakan satu daripada 3 buah
               sekolah menengah di negeri Johor yang terpilih sebagai Sekolah Transformasi.  Antara objektif Program
               Sekolah Transformasi ialah :
                      1)         Mengaplikasikan  konsep  dan  amalan  terbaik  Sekolah  Amanah  di  sekolah  harian
                                 terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah.
                      2)         Membangunkan  kepakaran  tempatan  melalui  pendekatan  latihan  dan  bimbingan
                                 yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan(PK) dan Pembimbing Pedagogi (PP)
                                 serta pemimpin sekolah transformasi.
                      3)         Menggalakkan dan mengamalkan:
                                 3.1 Pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
                                 dalam kalangan murid.
                                 3.2    Pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah
                                 dan sekolah kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan
                                 3.3  Pengurusan  sekolah  yang  cekap  dan  mengutamakan  kemenjadian  murid,
                                 peningkatan capaian dan penggunaan ICT
                                 3.4 Penglibatan aktif komuniti setempat.

                      Berlandaskan objektif yang telah digarisi jelaslah bahawa,  Sekolah transformasi merupakan satu
               usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan
               pembelajaran murid yang aktif dan bermakna serta kritis dan kreatif dalam melunaskan sesuatu program.

               Akhir kata, saya berharap agar para pendidik khususnya, para pelajar dan ibu bapa saling berganding bahu
               merealisasikan hasrat dan harapan kita sebagai Sekolah Transformasi seterusnya mengharumkan nama
               baik sekolah, agama, bangsa dan negara.


               Sekian, terima kasih






               (MOHD ZAKI BIN YAACOB)
                Pengetua,
                Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15