Page 8 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 8
Sekapur sireh PEngarah
PENDIDIKAN JOHOR
Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera…..
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t, atas limpah izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada warga kerja majalah Gemala bagi sesi 2016 atas kejayaan
menghasilkan satu catatan peristiwa yang berlaku sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Tanpa
komitmen dan kesungguhan serta kerjasama semua pihak belum tentu perancangan yang
diharapkan terlaksana.
Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses transformasi yang pantas dalam segala
aspek. Walau bagaimanapun, transformasi yang dirancangkan tidak dapat memberi kesan yang
positif seandainya sikap dan tindakan kita tidak selaras dengan agenda transformasi tersebut.
Oleh itu pemimpin sekolah, guru-guru, dan pelajar bertanggungjawab memahami dan
menghayati semua bentuk transformasi yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Para pelajar merupakan modal insan yang bakal menerajui dan memimpin agenda pembangunan
negara. Hasrat kerajaan ialah membangunkan modal insan bertaraf dunia yang mampu
berperanan penting sehingga ke peringkat global. Oleh itu semua pelajar sewajarnya memiliki
dan menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap terpuji yang seiring dengan transformasi
semasa.
Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunan
pendidikan di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan
potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
tt
(En. Shaharudin bin Sharif )
Pengarah Pendidikan Johor.