Page 13 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 13

Serangkap madah

                                                        Ketua Editor










               Assalamualaikum dan salam sejahtera, …

               Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dapat juga melanjutkan terbitan majalah sekolah iaitu Gemala
               Edisi ke-14 tahun 2016 untuk tatapan warga SMK Gemereh yang saya cintai.

               Pertama sekali, saya sebagai ketua editor bagi sidang ridaksi majalah sekolah 2016 amat berbesar
               hati  kerana  diberi  peluang  bagi  mewakili  seluruh  ahli  siding  ridaksi  majalah  untuk  membuat
               catatan bagi diselitkan dalam helaian majalah sekolah. Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil
               sidang ridaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru
               yang telah membimbing kami dalam penghasilan majalah ini. Ucapan tahniah dan terima kasih
               juga  saya  tujukan  kepada  ahli-ahli  sidang  ridaksi  yang  bertungkus  lumus  untuk  merealisasikan
               penghasilan GEMALA. Tanpa kalian semua pancaran memori sepanjang tahun 2016 tidak akan
               berlaku.

               Kepada  rakan  pelajar  serta  adik-adik  yang  dikasihi  terutama  calon  PT3  dan  SPM  2016.
               Berusahalah  bersungguh-sungguh  bagi  melakar  kejayaan  yang  indah  untuk  diri,  keluarga  dan
               sekolah.  Kejayaan  tidak  akan  terlakar  tanpa  ada  coretan  usaha  dan  kebahagiaan  tidak  akan
               dinikmati  tanpa  ada  bibit-bibit  duka.    Justeru  itu,  usahlah  melahirkan  rasa  berputus  asa  kerana
               dengan  adanya  rasa  putus  asa  maka  musnahlah  kebahagiaan  yang  telah  dilakar.  Dengan  saya
               bermohon kepada semua rakan dan adik-adik SMK Gemereh, janganlah berputus asa dan haruslah
               berusaha.

               Akhir kata, saya memohon maaf andai kata tersilap bahasa, terlanjur kata atau mengguris hati dan
               perasaan guru-guru malahan ahli sidang ridaksi. Antara cinta, pelajaran dan kerjaya manakah yang
               paling  penting?  Pada  pendapat  saya,  kesetiaan  dan  kejujuran  adalah  kunci  bagi  semua  aspek
               tersebut. Kesetiaan bukan hanya sesame manusia tetapi terhadap pendidikan dan Allah s.w.t. Oleh
               hal yang demikian, sentiasalah malaksanakan amalan-amalan yangtelah diperintahkan oleh Allah
               s.w.t,  menghormati  ibu  bapa  dan  juga  guru-guru  yang  telah  membimbing  kita  seawall  tadika.
               Jasamu guru akan ku kenang. Saya doakan  semoga SMK Gemereh sentiasa CEMERLANG dan
               TERBILANG dalam semua aspek.
               Insya-Allah…Amin.

                Yang  benar,


                (NURATIKA BINTI NORAINI )
               Ketua Editor
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18