Page 2 - SINTAKSIS (PROSES PENERBITAN AYAT)
P. 2
1.0 PROSES PENERBITAN AYAT NOTA
TAMBAHAN
MBAHAN
MAKSUD PROSES PENERBITAN AYAT
Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep Tatabahasa
Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat . Tatabahasa
Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran
mazhab pengkaji bahasa yangtelah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Teori ini
berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi dua peringkat, iaitu
struktur dalaman dan struktur permukaan Struktur dalaman ialah struktur yang
mengandungi ayat dasar atau ayat inti, manakala struktur permukaan pula ialah
struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan juga
merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum
transformasi-generatif, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua
rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus
Transformasi. Rumus Struktur Frasa akan membentuk ayat pada struktur dalaman,
manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat
permukaan.Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya
tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan
menjadi input kepada penerbitan ayat pada peringkat permukaan.
2.0 PROSES PENERBITAN AYAT
Terdapat tiga jenis proses penerbitan ayat iaitu:
PROSES PENERBITAN AYAT
Proses
Pengguguran
Proses Proses
Peluasan Penyusunan
Semula