Page 6 - SINTAKSIS (PROSES PENERBITAN AYAT)
P. 6
2.1.1.2 Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat
tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Jika terdapat beberapa
frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, yang diberi
tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka
subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa
nama yang di awal ayat majmuk.
Formula:
Subjek + Predikat. Subjek + Predikat =
Subjek + Predikat Δ + Ø + Predikat
Contoh ayat:
i. Saya diajar oleh ibu bapa. Saya sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain. = Saya diajar
oleh ibu bapa untuk sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain.
ii. Saya percaya teknik pembelajaran dengan betul itu sangat penting. Saya amalkan cara
pembelajaran dengan tidak menghafal = Saya percaya teknik pembelajaran dengan betul itu
sangat penting dengan mengamalkan cara pembelajaran yang tidak menghafal.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian Online, 24 Mac 2019)
Mengikut rumus yang diberikan, saya yang merupakan subjek dalam ayat i
dan ii akan digugurkan oleh sebab saya dalam kedua-dua ayat merujuk orang
yang sama. Maka subjek dalam ayat kedua akan digugurkan. Lambang Δ
dalam rumus menunjukkan bahawa selepas penggugran subjek bagi ayat
kedua, kata hubung akan diletakkan bagi menggabungkan kedua-dua ayat
seperti untuk, dengan, lantas, maka untuk menjadikannya sebagai ayat
tunggal.