Page 5 - SINTAKSIS (PROSES PENERBITAN AYAT)
P. 5

2.1.1.1    Pengguguran  subjek  kata  ganti  nama  diri  orang  kedua

                         dalam ayat perintah.




                Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang


                kedua  yang  berfungsi  sebagai  subjek  selalunya  digugurkan.  Proses

                 transformasi  penguguran  frasa  nama  sebagai  subjek  yang  terdiri  daripada


                kata ganti nama diri. Frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti

                nama  diri  orang  kedua,  iaitu  kamu,  anda,  engkau,  tuan,  dan  awak.

                Contohnya :





                                      Subjek + Predikat = Ø + Predikat (KGN Kedua)





               Contoh ayat :




                              i. Awak jangan ganggu saya ! = Jangan ganggu saya !


                              ii. Engkau makanlah dahulu = Makanlah dahulu.

                              iii. Kamu sila bangun = Sila bangun.


                                     (Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian Online, 24 Mac 2019)


                       Subjek yang terdapat dalam frasa nama akan digugurkan digugurkan

               sekiranya konteks sudah jelas dan tidak menimbulkan  kekeliruan sama ada

               pengguguran  tersebut  melibatkan  frasa  nama,  kata  ganti  nama  diri  kedua


               dan  juga  kata  ganti  nama  diri  ketiga  sebagai  subjek  ayat.  Simbol  Ø  dalam

               rumus tersebut merupakan subjek yang telah digugurkan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10