Page 8 - SINTAKSIS (PROSES PENERBITAN AYAT)
P. 8

AKTIVITI




                                                   Teknik manipulasi ayat







               Langkah-langkah:

                        1)  Mengadakan satu pertandingan kecil dengan membahagikan murid-

                           murid kepada beberapa kumpulan.


                        2)   Setiap kumpulan akan diberikan satu set gambar yang serupa dan
                           mereka diarahkan untuk menjana ayat mudah yang gramatis degan
                           berpandukan set gambar yang diberikan.




                        3)  Dengan mengunakan ayat yang telah dibina, murid-murid perlu
                           mengkategorikan ayat-ayat yang dihasilkan kepada ayat aktif dan ayat

                           pasif

                        4)  Setiap ayat yang dihasilkan dengan betul akan mendapat markah dan

                           markah tersebut akan dibawa sehingga aktiviti seterusnya iaitu menukar
                           ayat aktif kepada ayat pasif dan menukar ayat pasif kepada ayat aktif


                        5)  Markah  juga  akan  diberikan  mengikut  ketepatan  ayat  yang  dibina  dan
                           kumpulan  yang  mengumpul  markah  yang  tertinggi  akan  dikira  sebagai

                           pemenang.


                        6)  Setelah selesai aktiviti ini, perbincangan secara bebas dilakukan untuk
                           mendapatkan kefahaman agar semua murid memperoleh maklumat yang
                           betul dan tepat.


                        7)  Akhir  sekali,  guru  akan  merumuskan  segala  pembelajaran  yang  telah

                           dilakukan dan menjelaskan fungsi dan faedah yag diperoleh oleh murid
                           menerusi aktivi manipulasi ayat tersebut.
   3   4   5   6   7   8   9   10