Page 40 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 40

ii) Pantai
                                                    Bergantung sama ada pantai terlindung atau tidak. Jika
                                                    pantai dilindungi oleh teluk atau pulau kadar hakisan akan
                                                    kurang berbanding dengan pantai yang terdedah dengan
                                                    tiupan ombak di mana kadar hakisan akan tinggi.
                                                    iii) Arus
                                                    bergantung kepada penerimaan arus, jika terdapat arus
                                                    pesisir pantai akan berlaku gangguan kepada ombak yang
                                                    menghakis pantai. Biasanya arus pesisir pantai akan bertemu
                                                    dengan ombak yang melanda pantai sehingga menghasilkan
                                                    damparan ombak berbentuk zig-zig dan menggalakkan
                                                    berlakunya pemendapan serta mengurangkan kadar hakisan.
                                                    iv) Bahan mendak
                                                    Jika terdapat banyak bahan mendak seperti batu pasir dan
                                                    batu kelikir kadar hakisan akan meningkat di mana berlaku
                                                    geselan terhadap batuan di pinggir pantai semasa ombak
                                                    melanda pantai.
                                                    v) Batuan
                                                    Bergantung kpd jenis batuan dan retakan pada batuan.
                                                    Proses geselan atau tindakan hidraul akan bertindak dengan
                                                    berkesan kepada batuan yang lembut atau mempunyai
                                                    retakan sehingga boleh menghasilkan geo, gua, gerbang laut,
                                                    batu tunggul dan tunggul sisa di kawasan pinggir pantai yg
                                                    terbentuk daripada bt kapur
                                                    vi) cerun pantai.
                                                    Pantai yang curam akan lebih terhakis berbanding dengan
                                                    pantai yang landai. Hal ini kerana pantai yang landai
                                                    menyebabkan ombak pecah apabila bergeser dengan pantai
                                                    dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan.


                                                    d)  Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses
                                                    pembentukan muka bumi pinggir pantai :
                                                    i) Tebing tinggi
                                                    Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan
                                                    hidraul pada rekahan di tebingnya.Terutama apabila ombak
                                                    menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
                                                    Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka
                                                    tebing tinggi terbentuk.
                                                    ii) Batu bonjol.
                                                    Terbentuk apabila proses hakisan menghakis batuan di
                                                    pinggir pantai sehingga mendedahkan batuan besar dan
                                                    keras di bahagian bawahnya. Maka terbentuklan batu bonjol
                                                    di pinggir pantai yang tahan dengan proses hakisan ombak.
                                                    iii) Tanjung
                                                    Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
                                                    susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli.
                                                    Tanjung akan terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan
                                                    hakisan ombak
                                                    iv) Teluk
                                                    Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
                                                    susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Teluk
                                                    akan terbentuk di bahagian batuan lembut yang  mudah
                                                    dihakisan ombak yang melanda pantai.
                                                    Nota tambahan:
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45