Page 39 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 39
kegiatan perlombongan pasir di kawasan pulau pasir. Pulau
sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi
pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan
oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai
akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat
dengan sektor pembinaan. Contohnya pulau sungai yang
boleh dijumpai di bahagian hilir sungai Terengganu
berhampiran dengan muara sungai Terengganu.
2.3.4 Pinggir Pantai a) Menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai
seimbang,
i) Konsep pinggir pantai.
Merujuk kepada kawasan di antara takat air pasang paling
tinggi dengan takat aras surut paling rendah.
ii) Konsep pantai seimbang.
Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan
dan kadar pemendapan hampir sama di kawasan pantai
tersebut.
b) Menghuraikan cara hakisan pantai,
i) Tindakan hidraul.
Berlaku apabila ombak memasuki celah-celah rekahan
batuan di pantai sehingga udara yang sedia ada terperangkap
di dalam rekahan termampat. Tetapi apabila ombak
mengundur semula, udara yang mampat akan mengembang
dengan serta merta dan menghasilkan tekanan yang mampu
membesarkan rekahan pada batuan di pinggir pantai.
Tindakan di atas berlaku secara berulang-ulang, sehingga
rekahan akan menjadi semakin besar dan batuan akan terus
pecah.
ii) lelasan (abrasion)
Ombak yang mengandungi puin-puin batuan yang berbagai
saiz dan bentuk melelaskan tebing cerun kawasan pinggir
pantai dan menghakisnya secara berterusan
iii) Geseran (friction)
Bahan muatan yang diangkut oleh ombak akan berlaga dan
bergeser sesama sendiri hingga terpecah menjadi lebih kecil.
iv) Larutan
Kawasan pantai yang terbentuk daripada batu kapur akan
menyebabkan berlakunya tindak balas kimia antara air laut
dengan kalsium karbanit sehingga melarutkan batuan
tersebut.
v) Lagaan
Ombak yang sentiasa bergerak akan membawa beban
sentimen yang terdapat di pantai bersama-samanya seperti
batu tongkol dan batu kelikir. Batuan tersebut akan berlaga
sesama sendiri sehingga menjadi lebih halus dari saiz
asalnya.
c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan
pantai
i) Ombak
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana
mempunyai daya lurutan dan damparan yang kuat.
Manakala ombak pembina tidak menghakis.