Page 10 - Ebook EPT Flip
P. 10

3.0     DANDANG


                      Dandang digunakan untuk menjana stim. Secara umumnya dandang mestilah terdiri
               daripada  sebuah  bekas  air  dan  peranti  pemanas  yang  sesuai.  Terdapat  pelbagai  jenis
               rekabentuk dandang. Dandang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu dandang tiub api
               dan dandang tiub air.


               3.1    Dandang Tiub Api (Fire-Tube Boilers)

                      Dandang tiub api adalah sejenis dandang di mana hasil pembakaran mengalir melalui

               tiub yang dikelilingi oleh air.

               Dandang tiub api terbahagi kepada dua iaitu:-
               a.  Dandang Tiub Api Mengufuk (Horizontal)
               b.  Dandang Tiub Api Menegak (Vertical)


               3.1.1  Dandang Tiub Api Mengufuk


                       Salah satu contoh dandang tiub api mengufuk adalah dandang Lancashire. Dandang
                                                                            2
               ini boleh berkerja sehingga had tekanan sekitar 1.7 MN/m  (17 bar). Dandang jenis ini
               melibatkan  isipadu  yang  besar.  Oleh  itu,  dandang  boleh  menampung  permintaan  stim
               secara mendadak tanpa berlaku penurunan aras air yang banyak. Dandang Lancashire       juga
               mempunyai kos permulaan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan dandang jenis lain.


                       Satu daripada kelemahan dandang Lancashire    ialah kerosakan tapak kerja dan salur
               kerja  bata  kerana  pengembangan  dan  pengecutan  akibat  pemanasan  dan  penyejukan

               dandang  yang  berulang.  Apabila  kerja  bata  renggang  ,  udara  akan  meresap  masuk  dan
               menggangu draft    (alir bebas) dandang berkenaan.





















                                                                                                         5
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15