Page 12 - Ebook EPT Flip
P. 12

3.1.2  Dandang Tiub Api Menegak


               Contoh  dandang  tiub  api  menegak  adalah  dandang  Cochran.  Dandang  ini  merupakan
               diantara dandang terbaik jenis ‘vertical multi – tubular boiler ’ yang mempunyai susunan
               tiub secara mengufuk. Dandang ini beroperasi pada tekanan bekerja sekitar 6.5 hingga 15
               bar sahaja. Ia mempunyai kapasiti stim mencapai 3500 hingga 4000 kg/hr.


               Dandang Cochran    mengandungi kelompang berbentuk silinder di mana dibahagian atasnya
               terdapat ruang stim untuk digunakan atau disimpan. Bumbungnya berbentuk hemisfera
               dan dapat membekalkan isipadu ruang yang maksimum.


               Struktur Binaan
               Dandang ini amat popular untuk perkhidmatan bergerak. Contohnya dandang Scotch. Ia
               digunakan  untuk  perkhidmatan  tetap  di  mana  tekanan  dan  muatan  adalah  sederhana.
               Muatannya tidak lebih daripada 10,000 lb/jam dengan tekanan maksima 200 psi.


































                                              Rajah 1.4: Dandang Cochran










                                                                                                         7
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17