Page 9 - Ebook EPT Flip
P. 9
Turbin Stim
Turbin merupakan penggerak utama stim yang mendapat kuasa daripada pertukaran
momentum sesuatu jet stim yang mengalir pada bilah-bilah lengkung. Sebahagian besar
tenaga stim tekanan tinggi ditukarkan menjadi tenaga kinetik menerusi muncung. Jet stim
dari muncung akan menghentam bilah. Hasilnya cakera turbin berputar. Kuasa diperoleh
melalui aci.
Pemeluwap
Air sejuk akan dialirkan ke dalam pemeluwap. Haba dari stim yang terpeluwap akan
terpindah dan mengalir bersama – sama air. Air dengan suhu yang lebih tinggi dialirkan
keluar untuk disejukkan sama ada di dalam sungai, tasik atau menara penyejuk. Seterusnya,
air yang telah disejukkan dialir semula ke dalam pemeluwap.
Tangki Bekal
Tangki bekal berfungsi menyimpan air untuk digunakan atau dibekalkan kepada dandang.
Sebenarnya terdapat kehilangan air di dalam pemeluwap. Kehilangan air tersebut diganti
semula dengan bekalan air dari tangki bekal.
Pam Bekal atau Pam Air Suapan
Memandangkan dandang beroperasi pada tekanan tinggi, tekanan air mestilah ditingkatkan
sebelum air memasuki dandang. Pam yang dinamakan sebagai pam air suapan atau pam
bekal digunakan bagi tujuan tersebut. Ia berfungsi menaikkan air dari tangki bekal kepada
dandang dan dikawal secara automatik mengikut keperluan dandang.
Menara Penyejuk
Menara penyejuk digunakan untuk menyejukkan air yang telah digunakan oleh pemeluwap
dimana suhunya tinggi sedikit. Air panas dari pemeluwap disalurkan dan disemburkan
menghala ke dasar menara penyejuk. Udara diedarkan dari dasar dan menghala ke atas.
Aliran udara akan bertembung dengan semburan air panas. Pemindahan haba terjadi di
antara air panas dengan udara. Tindakan tersebut akan menyejukkan air. Air panas keluar
menerusi bahagian atas menara. Air yang lebih sejuk akan terkumpul di dasar menara dan
dipam semula ke dalam pemeluwap.
4