Page 19 - Ebook EPT Flip
P. 19

Penggera Aras Air Rendah
               Penggera  akan  berbunyi  jika  aras  air  di  dalam  dandang  jatuh  di  bawah  aras  yang  telah

               ditetapkan. Alat ini perlu dipastikan berfungsi dengan baik untuk mengesan aras air rendah
               dengan cepat.

               Tolok Tekanan Ujian Pemeriksaan
               Tolok Ujian Pemeriksaan direkabentuk untuk digunakan dalam dandang stim, brek udara

               dan pemeriksaan sistem tekanan. Tolok Tekanan Ujian Pemeriksaan digunakan semasa ujian
               hidrostatik  dilakukan  di  mana  tekanan  ujian  tidak  melebihi  11/2  kali  tekanan  operasi
               maksimum yang dibenarkan.


               Plat Nama Pembuat
               Dandang yang digunakan mesti mempunyai plat nama pembuat yang mempunyai tarikh
               pembuatan, tekanan rekabentuk, jenis dandang dan kapasiti stim.


               Plat Pendaftaran
               Dandang  yang  dibenarkan  operasi  mesti  mempunyai  plat  pendaftaran  sebagai  bukti
               pengesahan penggunaan.


               5.0     PENGGUNAAN PEMELUWAP DAN MENARA PENYEJUK

               Rajah 1.8 menunjukkan kedudukan pemeluwap dan menara penyejuk di dalam loji kuasa
               stim.

























                                         Rajah 1.8: Layout of steam power plant





                                                                                                       14
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24