Page 20 - Ebook EPT Flip
P. 20
Pemeluwap merupakan tiub penukar haba yang dipasang pada salur keluar setiap
turbin stim. Ia berfungsi menukarkan stim daripada wap kepada keadaan cecair yang dikenali
sebagai perubahan fasa. Ini menyebabkan haba pendam yang terkandung di dalam stim
keluar melalui pemeluwap. Tujuannya adalah untuk memeluwapkan stim yang keluar
daripada turbin stim mendapat kecekapan maksimum dan stim terkondensasi dalam bentuk
air suling. Kemudian air suling ini akan kembali ke penjana stim atau dandang sebagai air
suapan.
Terdapat dua jenis pemeluwap iaitu pemeluwap jenis jet dan pemeluwap permukaan.
Dalam pemeluwap permukaan, stim keluaran dan air tidak bercampur. Stim akan melalui
permukaan luar tiub di mana air penyejuk terus mengalir melaluinya. Single pass condenser
bertindak dengan air mengalir dalam satu arah ke semua tiub. Two pass condenser pula
bertindak dengan air mengalir dalam satu arah ke tiub – tiub dan kembali semula ke tiub –
tiub.
Rajah 1.9: Pemeluwap Permukaan
Menara penyejuk digunakan untuk membebaskan haba pada air yang dikeluarkan
oleh pemeluwap untuk kegunaan semula dalam proses penukaran stim kepada air
terkondensasi dalam pemeluwap.
15