Page 25 - Ebook EPT Flip
P. 25

6.3     Pemanas Lampau (Superheater)


                       Pemanas  lampau  terdiri  daripada  sebatang  tiub  panjang  atau  satu  siri  tiub  yang
               diletakkan  dalam  aliran  gas  –  gas  panas  yang  diperoleh  dari  relau.  Stim  panas  akan
               dikeringkan secara beransur – ansur tatkala melalui tiub pemanas lampau. Akhirnya stim
               menjadi panas lampau. Dari pemanas lampau stim disalirkan ke talian utama stim. Berikut
               adalah beberapa kelebihan pemanas lampau:-

               a.  penggunaan stim dapat dikurangkan
               b.  hakisan pada bilah turbin dapat dikurangkan kerana stim dalam keadaan kering
               c.  kehilangan stim yang berlaku dalam proses kondensasi dalam paip dapat dikurangkan

               d.  kecekapan sistem loji kuasa stim dapat ditingkatkan

                       Kedudukan  pemanas  lampau  adalah  di  bahagian  laluan  pada  relau  gas  supaya
               pemanasan dan haba yang terhasil di bahagian tersebut dapat distabilkan oleh pemanas
               lampau dari gas panas tersebut. Terdapat dua jenis pemanas lampau iaitu:-

               a.  pemanas lampau berolak (convective superheater)
               b.  pemanas lampau sinar (radiant superheater)


                       Convective  superheater  digunakan  untuk  haba  dalam  gas  serombong  manakala
               radiant superheater  pula ditempatkan dalam relau dan dinding tiub akan menerima haba
               daripada pembakaran bahan api.


























                                        Rajah 1.14: Pemanas Lampau Jenis Sugden







                                                                                                       20
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30