Page 28 - Ebook EPT Flip
P. 28

7.0     RAWATAN AIR


               Di antara tujuan dan keperluan rawatan air dandang adalah untuk:-
               a.  menambahkan kealkalian air
               b.  mencegah kakisan
               c.  mencegah enapan pada saluran bekal
               d.  mengurangkan ‘priming’, ‘foaming’ & ‘carryover’

               Terdapat dua kaedah rawatan air dandang iaitu rawatan dalaman dan rawatan luaran.

               7.1     Rawatan Luaran


               Rawatan luaran dilakukan di mana air bekalan diberi rawatan dalam loji rawatan air yang
               berasingan  sebelum  ia  dimasukkan  ke  dandang.  Pepejal,  gas  terlarut  dan  benda-benda
               terapung dibuang melalui pelbagai cara di dalam loji ini. Antara kaedah  – kaedah yang
               digunakan di dalam rawatan luaran ini adalah:-


               a.  Menggunakan Penyejat (Evaporator)
               Ia digunakan untuk dandang tekanan rendah. Alat ini dapat menghasilkan air tulen yang

               tinggi  mutunya.  Penyejat  ini  berbentuk  seperti  kebuk  tertutup  diperbuat  daripada  plat
               keluli. Di dalam kebuk ini terdapat beberapa tiub stim yang dikelilingi oleh air. Air yang
               tersejat akan  dialirkan ke pemeluwap di mana air tulen diperolehi.

               b.  Rawatan Lime Soda

               Rawatan ini menggunakan kalsium hidroksida (lime) dan sodium karbonat (abu soda).
               Bahan ini akan bertindakbalas dengan garam kalsium dan magnesium. Kemudian proses
               pemendapan berlaku. Tindakbalas lime soda boleh berlaku dalam air panas atau sejuk tetapi

               cara panas tindakbalas akan berlaku dengan lebih cepat.

               Rawatan Lime Soda Sejuk
                  campurkan kalsium hidroksida dan sodium karbonat dengan kadar yang betul kepada
                    air mentah yang sejuk

                  kalsium dimendakkan sebagai kalsium karbonat dan magnesium sebagai magnesium
                    hidroksida
                  dalam loji yang besar, air dan bahan kimia dicampurkan dan dibiarkan mendap selama

                    beberapa jam





                                                                                                       23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33