Page 26 - Ebook EPT Flip
P. 26

Rajah  1.14  menunjukkan  pemanas  lampau  jenis  Sugden  yang  dipasang  dalam  dandang
               Lancashire. Ia mengandungi dua keluli ‘header’  berbentuk ‘U’ tiub. Stim daripada dandang

               akan masuk dan meninggalkan ‘header’     seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas.

               6.4     Pemanas Air Suapan (Feedwater Heater)

               Sistem air suapan mengambil air daripada sistem air terkondensasi dan memanaskan lagi air

               tersebut lalu dipamkan ke dalam dandang. Ia juga bertindak memanaskan dan mengepam
               air  yang  dipeluwapkan  daripada  sistem  stim  jujuhan  (pengekstrakan  stim  daripada  titik
               tertentu  pada  turbin)  dalam  sistem  air  suapan  daripada  sistem  air  terkondensasi.

               Kebanyakan  stim  jujuhan  digunakan  untuk  memanaskan  air  yang  dipeluwapkan  dari
               keluaran turbin sebelum ia memasuki dandang.

               Terdapat dua jenis sistem air suapan iaitu jenis terbuka dan tertutup. Pemanas air suapan
               jenis terbuka membenarkan pencampuran stim jujuhan dengan air suapan dan keduanya

               meninggalkan  pemanas  pada  suhu  yang  sama.  Pemanas  air  suapan  jenis  tertutup
               menyimpan bendalir secara berasingan dan tidak bercampur antara satu sama lain. Ia terdiri
               daripada kelompang dan tiub penukar haba.


               6.5     Penulen Stim atau Pengasing Stim (Steam Purifier or Steam Separator)

               Stim yang terhasil daripada dandang boleh jadi dalam keadaan basah, kering atau panas
               lampau.  Tetapi  dalam  kebanyakan  kes  terdapat  kehilangan  haba  yang  berlaku  semasa

               pengaliran stim dalam paip daripada dandang ke suatu sistem (turbin) yang menyebabkan
               terhasilnya stim basah.


               Penggunaaan stim basah dalam turbin adalah tidak ekonomi malah menyebabkan beberapa
               risiko  melainkan  usaha  untuk  mengasingkan  sebarang  cecair  daripada  stim  dilakukan

               sebelum ia masuk ke turbin. Caranya adalah dengan menggunakan ‘steam separator’. Ia
               berfungsi menyingkirkan zarah – zarah air yang terhasil daripada aliran stim ke turbin. Ia
               dipasang berdekatan dengan penjana stim pada paip utama stim daripada dandang.











                                                                                                       21
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31