Page 24 - Ebook EPT Flip
P. 24

6.2     Pra Pemanas Udara (Air PreHeater)


                       Pra pemanas udara berfungsi meningkatkan suhu udara sebelum masuk ke dalam
               relau. Biasanya ia diletakkan selepas penjimat. Oleh kerana gas panas dari cerobong asap
               tidak dapat diserap sepenuhnya oleh penjimat maka pra-pemanas udara digunakan untuk
               mendapatkan sejumlah dari haba itu. Oleh itu, gas serombong (flue gas) akan mengalir ke
               penjimat dan kemudian ke pra pemanas udara. Pra pemanas udara mengandungi plat – plat

               atau tiub – tiub dengan gas panas dan udara mengalir padanya.

                       Jika suhu gas dikurangkan sebanyak 19 – 20°C  oleh pra pemanas kecekapan loji

               dapat  ditingkatkan.  Udara  yang  telah  panas  dengan  cara  ini  dapat  mempercepatkan
               pembakaran kerana boleh menghasilkan nyalaan yang cepat. Dengan itu, bahanapi dari gred
               yang rendah dapat digunakan dengan cara ini maka kos kendalian dapat dikurangkan.

               Terdapat tiga jenis pra pemanas udara iaitu:-

               c.  Jenis ‘tubular’
               d.  Jenis ‘plate’
               e.  Jenis ‘storage’


               Rajah 1.13 menunjukkan cara pra pemanas udara jenis ‘storage’   beroperasi.



























                                      Rajah 1.13: Pra Pemanas Udara Jenis ‘storage’







                                                                                                       19
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29