Page 82 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 82
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1) Guru bertugas dikehendaki datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan
dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir
2) Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid sebelum
loceng pertama dibunyikan, di waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah, jika perlu
3) Mengawal kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, dan kawasan sekolah
4) Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan melaporkannya
5) Membuat laporan dalam buku “Laporan Bertugas” yang disediakan dan kalau perlu,
laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil
6) Menguruskan rawatan murid-murid yang sakit atau menghantar mereka ke klinik/ke
rumahnya
7) Mengeluarkan surat kebenaran ke klinik dan merekodkan nama murid-murid yang
memohon
8) Memastikan ketepatan waktu kehadiran murid, kepulangan murid, masa rehat, dan
masa pertukaran guru
9) Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan/terjumpa barang-barang
10) Menentukan tentang keselamatan murid-murid di sekitar kawasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah
11) Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, kegiatan
beruniform, dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan
12) Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu persekolahan ke dalam “Buku Laporan Bertugas”. Antara perkara-perkara
yang dicatatkan ialah:
a) Kedatangan murid-murid, guru-guru, dan kakitangan
b) Murid-murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) Ucapan pengumuman-pengumuman penting dalam perhimpunan
d) Lawatan Pelawat-pelawat
13) Mengelolakan perhimpunan sekolah dan membantu AJK Perhimpunan
14) Menyampaikan laporan ringkas/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
sekolah
15) Memeriksa buku catatan Ketua Pengawas:
a) Mengambil perhatian dan tindakan jika perlu
b) Melaporkan apa-apa masalah penting kepada Pengetua
16) Bertugas di hadapan pintu pagar sekolah 15 minit sebelum loceng pertama berbunyi
bagi tujuan menyambut kehadiran pelajar.
17) Bertugas di hadapan pintu pagar sekolah 15 minit selepas loceng terakhir berbunyi bagi
tujuan memastikan pelajar pulang dengan selamat.
18) Ketua guru bertugas perlu mengisi borang agihan tugas. Satu salinan perlu diserahkan
kepada PK HEM dan satu salinan hendaklah ditampal di papan kenyataan bagi tujuan
paparan umum.
Muka surat | 82