Page 77 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 77

10.     SURAT MENYURAT RASMI

                       10.1   Semua surat menyurat rasmi mestilah ditandatangani oleh Pengetua. Format
                              surat  rasmi  hendaklah  dikuasai  sepenuhnya.  Logo  rasmi  sekolah  (school
                              letterhead) tidak boleh digunakan untuk urusan peribadi.


               11.     MENGAWAL RAHSIA KERAJAAN/SEKOLAH

                       11.1   Rahsia  kerajaan  dan  sekolah  adalah  tidak  dibenarkan  sama  sekali
                              disebarkan/diberitahu terutama kepada orang luar.
                       11.2   Sebarang  maklumat  sekolah  yang  diminta  oleh  agensi  kerajaan,  ibu  bapa,
                              PIBG, orang ramai atau mana-mana pihak hendaklah terlebih dahulu dirujuk
                              kepada Pengetua untuk mendapat kebenaran atau kelulusan.
                       11.3   Jika  terdapat  sebarang  berita/maklumat/hal-hal  berkaitan  dengan  sekolah
                              hendaklah  segera  dilaporkan  kepada  Pengetua  sebelum  pihak-pihak  lain
                              mengetahuinya.
                       11.4   Membuat kenyataan pada akhbar/media massa adalah dilarang.


               12.     PEKELILING DAN PENGUMUMAN

                       12.1   Sebarang  kenyataan/pekeliling  atau  lainnya  untuk        murid,    semua
                              guru/kakitangan      atau     orang      ramai     hendaklah      mendapat
                              kebenaran/sokongan/pengesahan Pengetua.
                       12.2   Sebarang  „petition‟  suratbantahan  atau  cadangan  kepada  mana-mana  pihak
                              luar adalah dilarang. Perkara berkaitan (jika ada) hendaklah dibincang dengan
                              Pengetua.
                       12.3   Pekeliling/surat  dari  Kementerian,  Jabatan,  Pejabat  Pendidikan  dan  sekolah
                              hendaklah dibaca, dihayati, dan diambil tindakan sewajarnya (jika berkenaan)
                              dengan  segera/mengikut  tarikh  ditetapkan.  Surat-surat  tersebut  hendaklah
                              difailkan untuk rujukan kelak.


               13.     TUGAS DAN PERJAWATAN

                       13.1   Setiap  guru  adalah  bertanggungjawab  mengetahui,  memahami,  dan
                              menjalankan tugas yang ditetapkan dan yang dijangkakan.
                       13.2   Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan segala hal mengenai
                              perjawatan mereka diselesaikan tanpa sebarang masalah.
                       13.3   Dokumen, fail, dan harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari
                              kawasan sekolah tanpa kebenaran.
                       13.4   Guru  adalah  dilarang  memungut  duit  bayaran  daripada  murid-murid  tanpa
                              kebenaran.
                       13.5   Setiap  guru  adalah  diwajibkan  menghadiri  setiap  upacara/majlis  rasmi
                              sekolah.  Bagi  setiap  upacara/mesyuarat  tertentu  sekolah  setiap  guru  yang
                              berkaitan dikehendaki menghadirinya.


                                                                                           Muka surat | 77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82