Page 75 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 75
6.12 Guru tidak dibenarkan merokok semasa mengajar dan semasa berada di
kawasan sekolah.
6.13 Guru hendaklah mematikan fungsi telefon bimbit semasa mengajar.
6.14 Pastikan guru-guru mematuhi masa pengajaran. Oleh itu, masuk kelas dengan
segera dan menamatkan pengajaran/keluar kelas setelah loceng berbunyi atau
guru mata pelajaran seterusnya hadir.
6.15 Bagi guru yang masuk masa pertama dan selepas rehat, pastikan pelajar-
pelajar beratur di luar kelas sebelum dibenarkan masuk ke kelas.
6.16 Guru hendaklah menjaga keselamatan pelajar-pelajarnya semasa di
kelas/pengajaran.
7. PAKAIAN GURU
7.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian seperti mana arahan yang telah
ditetapkan oleh Pekeliling Kementerian Pendidikan Rujuk Pekeliling Ikhtisas
Bil. 6/85.
7.2 Pakaian mencolok mata, terbuka aurat/warna-warna yang garang/corak
keterlaluan (lelaki) tidak digalakkan.
7.3 Guru-guru perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan, sesuai, dan
menutup aurat bagi yang beragama Islam.
7.4 Hiasan, solekan diri, memakai barang kemas bagi guru wanita hendaklah
sederhana keadaannya.
7.5 Semua guru mesti berpakaian kemas, selesa dipandang sesuai dengan etika
dan sifat peribadi yang unggul.
7.6 Tanda nama hendaklah dipakai sepanjang masa bertugas di sekolah dan dalam
keadaan urusan rasmi sekolah.
7.7 Guru tidak dibenarkan memakai kasut getah atau selipar semasa mengajar.
7.8 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher apabila memakai baju kemeja
lengan panjang dan pendek, kecuali baju tradisional atau bush jaket. Tangan
lengan panjang, hendaklah dibiarkan labuh berbutang sepanjang masa
bertugas atau dilipat paras atas siku.
7.9 Guru lelaki hendaklah berambut pendek dan disikat kemas.
7.10 Guru Pendidikan Jasmani mestilah memakai pakaian yang sesuai dan berkasut
getah.
7.11 Guru Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan memakai pakaian PJ selepas waktu
PJ dan semasa mengajar biasa di dalam bilik darjah.
Muka surat | 75