Page 76 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 76
8. MASA REHAT DAN PULANG
8.1 Guru-guru mesti memastikan murid-murid dibenarkan keluar dari kelas untuk
rehat.
8.2 Waktu rehat, guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah samada
untuk membeli makanan atau untuk urusan lain kecuali dengan kebenaran
Pengetua.
8.3 Waktu rehat, guru-guru digalakkan untuk berkumpul dan makan bersama-
sama di kantin untuk menambahkan suasana kemesraan.
8.4 Guru-guru mesti memastikan semua murid hanya dibenarkan balik selepas
loceng balik dibunyikan. Sekiranya loceng terlewat dibunyikan mana-mana
guru yang berada di mana-mana kelas boleh mengarahkan seorang
pengawas/ketua darjah untuk membunyikan loceng.
8.5 Guru-guru dibenarkan pulang selepas 10 minit selepas loceng balik, kecuali
guru bertugas.
9. DISIPLIN DAN TATAKELAKUAN
9.1 Semua guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab
9.1.1 Menunjukkan contoh yang baik kepada murid
9.1.2 Memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah dan
menerapkan disiplin kendiri ke dalam diri murid
9.1.3 Memastikan bilik dan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria
9.1.4 Membuat laporan/tindakan segera jika terdapat masalah disiplin murid
kepada AJK Disiplin Sekolah/Pengetua
9.2 Guru yang mengajar masa sebelum rehat dan masa yang akhir hendaklah
keluar dari bilik darjah hanya setelah semua murid keluar.
9.3 Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid hendaklah diambil tindakan serta
merta dan diikuti dengan susulan.
9.4 Hukuman yang diberikan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan dan mempunyai unsure pendidikan. Elakkan
hukuman badan, hukuman bagi kesalahan berat hendaklah dirujuk kepada
AJK Disiplin/Pengetua.
9.5 Semua guru diberi kuasa menjalankan hukuman ringan ke atas murid.
9.6 Jangan mengamalkan ‘double standard’ dalam mengambil tindakan kepada
pelajar.
9.7 Tingkah laku yang boleh membawa keretakan/masalah hubungan sesama
guru/kakitangan sekolah hendaklah dihindarkan.
9.8 Mewujudkan lebih dari satu bilik guru adalah dilarang.
9.9 Sentiasa mematuhi, menghayati, dan mengamalkan Etika Perguruan.
Muka surat | 76