Page 79 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 79

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
                                              GURU TINGKATAN


               Guru tingkatan / kelas bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berikut:


               1.      JADUAL KEDATANGAN KELAS


                   1.1. Merekodkan semua butir-butir murid dalam jadual kedatangan terutamanya bahagian
                       yuran khas, nombor masuk sekolah dan butir diri murid
                   1.2. Menandakan kedatangan harian murid-murid
                   1.3. Memulangkan  smeula  Jadual  Kedatangan  Pelajar  ke  pejabat  selewat-lewatnya  jam
                       9.00 pagi untuk sesi pagi dan 3.00 petang untuk sesi petang
                   1.4. Menutup jadual kedatangan murid pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkannya
                       kepada guru yang bertanggungjawab
                   1.5. Mencatatkan  pertukaran  murid  dan  memberitahu  guru  pendaftaran  untuk  catatan
                       dalam buku pendaftaran sekolah
                   1.6. Jika mana-mana murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari, guru kelas dikehendaki
                       menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua
                   1.7. Meminta  murid  membawa  surat  daripada  ibu  bapa/penjaga/doktor  sekiranya  tidak
                       hadir di sekolah



               2.      AKADEMIK

                   2.1. Merekodkan keputusan peperiksaan  dalam buku rekod mengajar
                   2.2. Mengisi  markah  peperiksaan  penggal  penilaian  dalam  Sistem  Analisa  Peperiksaan
                       Sekolah (SAPS) di bilik peperiksaan
                   2.3. Mengemaskinikan  kad  001M  dan  menyerahkan  kepada  Guru  Bimbingan  dan
                       Kaunseling. Guru Tingkatan satu hendaklah mengarahkan murid membeli daripada
                       Koperasi Sekolah
                   2.4. Memastikan  papan  kenyataan  dalam  kelas  digunakan  dengan  berfaedah,  seperti
                       menampal pekeliling sekolah, jadual sukan, peraturan sekolah atau sebagainya
                   2.5. Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot di dalamnya
                   2.6. Guru kelas hendaklah memastikan kelasnya dalam keadaan bersih
                   2.7. Mengadakan sudut bacaan di dalam kelas











                                                                                           Muka surat | 79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84