Page 74 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 74
5. BUKU LATIHAN DAN BUKU KERJA
5.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari yang sama atau selewat-
lewatnya pada hari berikutnya.
5.2 Semua kesalahan yang dikesan dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah
dibuat pembetulan sebelum dijalankan latihan yang baru.
5.3 Latihan/kerja rumah mestilah diberi setiap hari terutama bagi mata pelajaran
teras.
5.4 Buku-buku latihan dan buku kerja hendaklah dihantar untuk disemak oleh
Pengetua mengikut jadual yang ditetapkan.
5.5 Guru mata pelajaran hendaklah memastikan murid-murid membawa balik
buku-buku latihan dan buku-buku kerja untuk disemak dan ditandatangani
oleh ibu bapa/penjaga masing-masing.
5.6 Guru-guru hendaklah sentiasa menasihati murid-murid supaya menjaga
kebersihan dan kekemasan buku-buku latihan dan buku-buku kerja mereka.
6. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1 Guru dikehendaki memastikan pendidikan murid menjadi perkara penting
serta menitikberatkan keberkesanan pengajaran.
6.2 Pastikan keadaan bilik darjah bersih, tersusun, dan pelajar-pelajar telah
bersedia untuk belajar sebelum memulakan pengajaran .
6.3 Kecuali pada masa kecemasan atau dipanggil oleh Pengetua kerana urusan
penting, guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan murid-murid semasa
mereka mengajar. Sebarang kejadian/masalah yang berlaku dalam bilik darjah
akan dipertanggungjawabkan kepada guru berkenaan.
6.4 Kerja-kerja penandaan buku latihan atau kertas peperiksaan adalah tidak
digalakkan ketika masa mengajar di bilik darjah kecuali untuk tujuan
menerangkan kesalahan atau pembetulan.
6.5 Guru adalah dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar kecuali
disebabkan kesihatan/penyakit.
6.6 Latihan/nota, pengukuhan, pengkayaan, pemulihan hendaklah diberikan
dengan teratur, disemak, diberi ulasan, ditandatangani serta ditulis tarikhnya.
6.7 Guru hendaklah sentiasa kreatif dalam teknik pengajaran yang perlbagai untuk
meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah
berpusat kepada pelajar.
6.8 Jika terpaksa meninggalkan kelas/murid, pastikan murid-murid diberikan
tugasan dan maklumkan kepada pentadbir.
6.9 Penggunaan perpustakaan untuk P&P hendaklah dirancang. Pastikan ada
aktiviti semasa di perpustakaan dan pelajar dikawal dengan baik.
6.10 Guru tidak dibenarkan membaca akhbar/majalah di dalam kelas.
6.11 Guru tidak dibenarkan berbual-bual kosong dengan guru lain semasa berada di
dalam kelas.
Muka surat | 74