Page 73 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 73

2.3    Guru bertugas mingguan mestilah memastikan perjalanan perhimpunan adalah
                              mengikut peraturan yang ditetapkan.
                       2.4    Guru  bertugas  mingguan  sebelumnya  dikehendaki  melaporkan  maklumat-
                              maklumat yang doperlukan sepanjang minggu mereka bertugas.


               3.      BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (FOLIO P&P)

                       3.1    Buku  persediaan  mengajar  hendaklah  diisi/disempurnakan  segala  butir-butir
                              peribadi  dan  butir-butir  lain  yang  dikehendaki  sebelum  akhir  Januari  dan
                              sentiasa dikemaskini.
                       3.2    Rancangan Pengajaran/Pelajaran Tahunan hendaklah disiapkan sebelum akhir
                              Januari.
                       3.3    Rancangan  Pengajaran/Pelajaran  Tahunan  hendaklah  disiapkan  sebelum
                              pengajaran dijalankan mengikut format yang terkini sesuai dengan Pekeliling
                              Ikhtisas bil. 3/99.
                       3.4    Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak dan ditandatangani
                              pada hari Jumaat setiap minggu selepas loceng akhir.
                       3.5    Setiap cuti penggal, Buku Persediaan Mengajar yang sempurna serta lengkap
                              dengan  persediaan  harian  untuk  hari  pertama  penggal  berikutnya  hendaklah
                              diserahkan kepada Pengetua.
                       3.6    Pada akhir tahun, semua Buku Persediaan Mengajar mestilah diserahkan ke
                              pejabat untuk keperluan perkhidmatan dan rujukan.
                       3.7    Pelihara  kebersihan,  kekemasan,  penulisan,  dan  kesempurnaan  Buku
                              Persediaan  Mengajar.  Ini  kerana  Buku  Persediaan  Mengajar  tersebut
                              mencerminkan peribadi anda sebagai “GURU”.

               4.      BUKU KEDATANGAN MURID


                       4.1    Hanya  guru  tingkatan  yang  menyempurnakan  butir-butir  dan  catatan
                              kedatangan harian murid.
                       4.2    Isikan  catatan  kedatangan  harian  sebelum  masa  kedua  tiap-tiap  hari
                              persekolahan.
                       4.3    Tandakan seperti di bawah sahaja untuk murid yang hadir dan tidak hadir
                              4.3.1  „/‟ untuk murid yang hadir
                              4.3.2  „P‟ untuk murid yang ponteng
                              4.3.3  „S‟ untuk murid sakit
                              4.3.4  „K‟ untuk murid yang ada kenyataan (ibu bapa/penjaga)
                              4.3.5  „W‟ untuk murid wakil sekolah
                       4.4    Jadual  kedatangan  murid  mesti  dihantar  dan  disimpan  di  tempat  khas  di
                              pejabat sekolah selepas masa kedua tiap-tiap hari persekolahan.
                       4.5    Semua  maklumat/butiran  dalam  jadual  kedatangan  hendaklah  dilengkapkan
                              sebelum akhir Januari.
                       4.6    Pelihara  kesempurnaan,  kekemasan,  dan  kebersihan  buku  kedatangan  kelas
                              anda.


                                                                                           Muka surat | 73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78