Page 72 - 2019_BUKU PANDUAN SMK TINUSA
P. 72
PERATURAN UNTUK SEMUA GURU
1. KEHADIRAN
1.1 Semua guru mesti hadir ke sekolah sekurang-kurangnya lima belas minit
sebelum loceng dibunyikan (6.45 pagi) dan balik sekurangnya-kurangnya
sepuluh minit selepas loceng balik dibunyikan (1.30 petang atau 2.10
petang mengikut jadual waktu), kecuali ada sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan. Guru bertugas hendaklah memastikan loceng dibunyikan mengikut
waktu.
1.2 Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas dikehendaki memberitahu sebab-
sebab dia tidak dapat hadir pada hari tersebut kepada Pengetua melalui telefon
supaya jadual gantian dapat disediakan dengan segera.
1.3 Surat akuan doktor/kebenaran bercuti mestilah sampai kepada Pengetua
selewat-lewatnya pada hari berikutnya. Surat akuan sakit dari klinik swasta
melebihi 2 hari mestilah disahkanoleh Hospital Kerajaan. Mengambil cuti
sakit jika benar-benar diperlukan, eloklah dielakkan untuk kebaikan
bersama.
1.4 Guru yang datang lewat dikehendaki berjumpa dengan Pengetua untuk
menerangkan sebab-sebab kelewatannya dan menuliskan alasan ini pada kad
kedatangan (punch card).
1.5 Semua guru mesti hadir pada masa kegiatan luar yang ditetapkan (180 minit
seminggu) atau pada lain-lain masa apabila diarahkan oleh Pengetua.
1.6 Semua guru dan kakitangan sokongan mesti berada di tempat bertugas
sepanjang masa hari bertugas. Pegawai yang terpaksa meninggalkan sekolah
kerana lain-lain urusan rasmi, untuk rawatan diri atau keluarga hendaklah
dengan kebenaran Pengetua/memberitahu Pengetua dan mesti mengisi “Buku
Kebenaran Meninggalkan Kawasan Sekolah”.
1.7 Guru-guru wajib berada di kelas sepanjang masa mengajar mengikut jadual
waktu yang diperuntukkan. Jika mereka terpaksa meninggalkan kelas kerana
urusan tertentu, pastikan murid-murid telah diberi tugas/latihan terlebih
dahulu. Meninggalkan kelas tanpa alasan/arahan adalah dilarang.
1.8 Semua guru mesti punch card sebaik-baik sahaja sampai dan punch semula
semasa meninggalkan sekolah.
2. MASA PERHIMPUNAN
2.1 Pada hari-hari perhimpunan, semua guru dikehendaki hadir lebih awal dan
berada di hadapan murid-murid di atas pentas dewan sebelum perhimpunan
dimulakan.
2.2 Guru bertugas mingguan dan guru-guru disiplin mestilah memastikan murid-
murid beratur dengan baik dan senyap sebelum perhimpunan dimulakan dan
sepanjang perhimpunan dijalankan.
Muka surat | 72