Page 62 - Buku Pengurusan SMKM 2020
P. 62

Pengurusan Hal Ehwal Murid             51






               KETETAPAN UNIT HEM

               A.  Pengurusan Kelas
                     A.1  Sistem Kehadiran Murid (i-Kehadiran)
                      a.  Guru tingkatan hendaklah merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
                      b.  Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid berdasarkan dokumen yang diserahkan
                         oleh murid sebaik sahaja hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
                      c.  Mencetak, menandatangi dan memfailkan analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid.
                      d.  Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong kanan HEM.
                      e.  Memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya tidak menjejaskan
                         rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.

                     A.2  Fail Kelas Guru Tingkatan
                      a.  Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibubapa/ penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid
                         disimpan dalam fail ini
                      b.  Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/ buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan
                         dalam fail ini.

                     A.3  Fail Peribadi Murid
                      a.  Semua murid dari kelas tingkatan 1 hingga tingkatan 5 wajib mempunyai fail peribadi
                      b.  Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila
                         pastikan setiap fail diletakkan gambar pelajar
                      c.  Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, Keputusan Peperiksaan Dalaman,
                         PMR dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
                      d.  Fail ini hendaklah diserahkan kpd murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya @ bertukar sekolah.
                      e.  Fail hendaklah disimpan oleh guru kelas masing-masing dan diserahkan pada
                      f.  GBK Tingkatan setiap akhir tahun untuk disimpan di bilik kaunseling
                      g.  GBK Tingkatan akan mengagihkan kepada guru tingkatan baharu setiap awal tahun


               B.  Pengurusan dan Organisasi Kelas
                     B.1  Guru kelas bersama pelajar mestilah menentukan dan menyedia KPI masing-masing dan berusaha mencapai KPI
                         tersebut

                     B.2  Guru kelas hendaklah melantik Jawatankuasa kelas dari kalangan pelajar yang bertanggungjawab sebagaimana
                         berikut:
                      a.  Ketua kelas          b. Penolong ketua kelas         c.  Bendahari          d. AJK kebersihan dan keceriaan kelas

                     B.3  Guru kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut dan ditampal dipapan kenyataan/ dinding kelas
                         masing-masing:
                      a.  Carta Organisasi kelas         c. Jadual Waktu                   e. Jadual bertugas          g. Moto kelas
                      b.  Misi, Visi, Moto sekolah       d. Pelan laluan kecemasan    f. Inventori kelas

                     B.4  Alatan mencuci seperti penyapu, penyodok, penyapu papan hitam, bakul sampah dan sebagainya hendaklah
                         diambil oleh guru kelas pada hari pendaftaran dan mesti ditandkan nama kelas dan disimpan dengan baik di
                         tempat yang sesuai. Sekiranya didapati hilang, guru kelas hendaklah memungut wang daripada pelajar untuk
                         mengganti peralatan tersebut.

                     B.5  Guru kelas dengan dibantu oleh AJK Kelas hendaklah memastikan kerusi dan meja tidak dengan sengaja
                         dirosakkan oleh pelajar. Perabut yang rosak hendaklah dihantar ke stor perabut rosak untuk dibaiki atau
                         dilupuskan.

                     B.6  Kebersihan kelas
                      a.  Guru kelas hendaklah memstikan setiap pelajar menjalankan tugas membersih kelas setiap pagi. Pelajar yang
                         tidak menjalankan tugas mesti diberi nasihat dan amaran. Jika masih berulang, nama pelajar ditulis dalam rekod
                         salah laku.
                      b.  Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan kelas bersih dan kerusi meja tersusun rapi sebelum
                         memulakan PDP.
                      c.  Guru masa akhir hendaklah memastikan pelajar mengangkat kerusi dan mematikan suis lampu dan kipas sebelum
                         melepaskan pelajar pulang/ pergi solat.





               Pengurusan SMK Meranti 2020
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67